April 30, 2012

Antara Di Caprio, Fasha dan Atok

Alisya : Papa, Atok tu Buat apa tu?
Eyriqazz : Ohh,atok tu memang suka kacau daun.Mentang2 nama timangan dah nak serupa...

P/s : Menangis tak berlagu Atok Je Jai... Takper2, Patah tumbuh hilang berganti, Rozita Che Wan dan Tasha Shila masih ada lagi...Hik3....

P/s/s : Bukan Main gelak sakan lagi Alisya tengok gambar ini...Hik3 lagi...

Wanita-Wanita Cantik : Register Here

Wanita-Wanita Cantik , Register here : A&E Department
Serius bro, bila tengok sign ni, teringat kat Lu...


P/s/s : Entri ini hanyalah sekadar gurauan buat rakan bloggers @ Abang Ensem. Jangan ambil serius ya...

Jalan-Jalan di Seremban AEON 2 Shopping Centre

Semasa bercuti di Melaka/Seremban beberapa bulan lepas, sempatlah singgah di Seremban AEON Shopping Centre. Boleh tahan besar dan meriahnya :

Dulu JUSCO, Skang sudah ditukar nama kepada AEON
Suasana Santai. Tak crowded mana. Nak jalan dan shopping pun selesa
Tertidur pula puteriku
Sony Centre
Restoran Arena Food Court. Tak sempat nak terjah
Jom Shopping. Reward Point AEON memang menarik hati 
Window shopping. Terapi minda bagi wanita kan?
Jom beli buku di MPH
Dah bangun. Dapat main games bukan main seronok laa lagi

April 29, 2012

Pengalaman Balik Kampung Naik Bas Ekspress

Stesen Bas Kuala Terengganu

Dulu, masa sekolah, ini tempat bas antara bandar. Balik kampung selalu naik di sini. Tak banyak yang berubah. Negeri kaya, tapi pembangunan tak begitu dirasai. Entah, mungkin pandangan peribadi saya sahaja.



Naik Bas S.P Bumi dari Kuala Terengganu-Kelantan
Harga tiket RM14.40
Perjalananan mengambil masa lebih kurang 3.5-4.5 jam
Awal pagi, kaunter banyak yang masih ditutup.
Nasib baik Mak dah belikan tiket 2 hari sebelum itu
Suasana agak lengang. Banyak prebet sapu berkeliaran mencari pelanggan.
Bang, teksi bang? Yup, di Kuala Terengganu, teksi tak pakai meter..Kena negola harga
Dari KT-Marang, lebih kurang RM20
Jom Naik Bas. Bas SP Bumi, Aircond dia boleh tahan sejuk

Tiru aksi Uncle Gedek
Yieza,getting better...

Pukul 12.30 lebih kurang sampai di Kota Bharu..
Alisya dan Abang Long sekeluarga datang menjemput

P/s : Best juga naik bas ekspress...At least takdela penat sangat jika dibandingkan dengan drive sendiri....

Kak Ina KL Masuk Hospital


Agak terkejut bila menerima sms dari rakan blogger @  Kak Ina KL semalam :


"Mula sakit lutut dari hari rabu,tadi pergi sek anak.Amik gambar terus kramm xleh jalan kaki kanan"

Pagini telefon Kak ina KL. Katanya kena operate dan masukkan gel di lutut. Tak pasti berapa lama akan berada di Ampang Puteri Specialist Hospital. Eyriqazz dah di Kelantan, kalau tak boleh juga pergi tengok-tengokkan.

Semoga operation tu berjalan lancar. Kalau ada yang free, jenguk2la Kak Ina KL di APSH ya?

P/s : Nak kena aktif semula bersukan.... Bila dah makin berusia, pelbagai penyakit boleh datang jika tidak jaga pemakanan, kesihatan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat (tuju kat diri sendiriI

April 28, 2012

Rindu Si Anak

 Alhamdulillah, bertolak dari Terengganu naik bas ekspress pukul 8 pagi, sampai di Kelantan pukul 12.30 tengah hari. Jalan agak jem juga dari Pasir Puteh. Abang Ipar sekeluarga dan Alisya datang jemput saya di stesen bas.

Lain macam pula keletah anak sulungku ditambah pula dia tengah demam chicken pox kini. Manjanya pelik semacam. Nak Papanya dukung selalu, nak tidur pun atas pangkuan Papanya @ Eyriqazz. Yerlah, dah lebih kurang 2 minggu saya tinggalkan dia, Isteri, dan Azim di kampung.
Alisya di Kelantan 2
Papa, Alisya nak tidur dengan Papa. Dah dua malam Alisya tidur dengan Mama tok & Abah Tok

Yup, kerana risau chicken poxnya berjangkit kat Azim so kena asingkan bilik tidur Alisya & Azim dan Mama. Rindu seorang Anak, boleh dirasai kelainannya kali ini , manjanya mungkin seorang insan bergelar anak sulung yang tau. I.e. Eyriqazz
 Alisya di Kelantan 1
Dialah permata hatiku…

Rindu si Papanya pun sama juga. Tiket flight tersangat mahal, nasib baikla adik pulang ke Terengganu. Balik terengganu dan ambil bas dari Terengganu. Terubat rindu dapat berjumpa Isteri dan anak-anak tersayang…..Muahhsssss……….

April 27, 2012

Majlis Aqiqah Azim

2 minggu lepas, 13 April 2012, sempatlah eyriqazz sekeluarga mengadakan Majlis Aqiqah anak kedua , Azim , di kampung halaman Isteri, Kelantan.


Puteraku, Azim

Marhaban... Berpeluh-peluh eyriqazz time ni..Nervousss
7 Lapisan Kain Batik. Kata Nenek Isteri, Adat orang tua-tua dulu
Bacaan doa
"Tahnik"

Tahnik - Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata. 

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain. 

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh. 


Credit Here

Bukan main lagi Azim menghisap...Semoga Jadi Anak yang Soleh
Alhamdulillah, berjalan lancar semuanya
Jemput makan, 3 ekor biri-biri dikorbankan
Tak cukup seekor lagi coz niat kalini untuk Azim dan eyriqazz sekali, mungkin akan dicukupkan dengan buat Ibadah Aqiqah Secara Online tak lama lagi
Order Catering jer, kuih jala,nasi dan etc
Quzi Kambing Biri-Biri... Sedap juga

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi
Lebih gembira dengan kehadiran Mak dan juga keluarga dari Terengganu
Cukur rambut Azim lewat sedikit coz tukang gunting ada hal pula. Takperlah, yang penting buat kan?

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tak sabar untuk pulang ke kampung. Isteri kata, Azim bukan main kuat menyusu skangni, makin cepat membesar. Alisya pula tengah kena "Chicken Pox". Telefon Mak, mak cakap rupa-rupanya eyriqazz pun pernah kena chicken pox masa usia dlm 1-2 tahun dulu. 

P/s : Weekend ini, bukan lagi Gaya Dinner 'Orang Bujang'

April 26, 2012

Surat Khabar Menjadi Teman


P/s : Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan. Sayangkan Suami, ....................

Sayangkan Eyriqazz.Com, Undi-Undikan...

Seremban Parade : Bagaikan Hidup Segan, Mati tak Mahu









P/s : Hanyalah pandangan peribadi saya semasa bercuti di Melaka/Seremban beberapa bulan yang lepas. Agak sunyi dan banyak kedai ditutup.

SimplySiti Precious Hadiah Buat Isteri

Last time ada terima Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum . Sayang, tak dapat nak pergi jadi eyriqazz wakilkan rakan blogger antaranya Kak Ina KL. Check out her entry : 

Bestnya Jumpa Dato' Siti Nurhaliza Di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum


Di Majlis tu, Kak Ina KL kata dapat dua minyak wangi free coz dia bawa anaknya sekali. Memang surprise, bila eyriqazz hantarkan Serunding dari Kelantan yang dikirim olehnya , dia menghadiahkan :

SimplySiti Precious, khas buat Isteri katanya
Tentu Isteri suka, warna pink lagi...
Terimakasih Kak Ina, siap wifey pesan, nak kena beli lagi 2 ,cukupkan koleksi..
Dussh...

P/s : Kuat kan pengaruh artis? No wonder, ada IbuBapa yang namakan anak mereka dengan nama-nama artis i.e. Siti Nurhaliza

April 25, 2012

Wordless Wednesday - Bila Kena Tinggal Bini


I Can't sing, I can't dance, but I have great passion like William Hung



The clock is ticking. I really wanna go to London and be one of Samsung Global Blogger . Yup, I Can't sing, I can't dance, but I have great passion like William Hung and why not I give it a try . Tadaaa, My video for Audition Samsung Global Blogger (ambil masa 2 hari untuk diapprovekan,hopefully lepasla first stage ni) :


P/s : Sila jangan gelak yaa mendengar suara saya yang merdu...
No wonder Zarul Umbrella teruja nak dengar saya menyanyi

Kalau eyriqazz yang tak pandai nyanyi pun memberanikan diri, eyriqazz cabar rakan-rakan blogger yang lebih kreatif untuk join Samsung Global Blogger ini :

1) Hantarkan video 30 saat anda dalam bahasa Inggeris kenapa Anda rasa anda layak untuk menjadi Samsung Global Blogger dan berpeluang memenangi Trip to London menyaksikan Sukan Olimpik . Lagi kreatif, lagi tinggi untuk menang. Join di SINI , tarikh tutup 29 April 2012



Some tips bila tengok dari video blogger kreatif ini yang pernah menang Grand Prize Samsung Galaxy II Contest berbentuk video ni:

1) Lagi kreatif lagi better
2) Facial expression. Express urself. Let's the judge rasakan kelainan dengan video anda.
3) Enjoy and have fun. Belum cuba blom tahu kan?
4) Tips :  Producing Great Video 

Jom Join Samsung Global Blogger dan berpeluang travel di London semasa London Olympic 2012 nanti

Tick tock, tick tock, the clock is ticking...Let's Make Our dream come reality...Jom Sama-sama Sertai Samsung Global Blogger
Related Posts with Thumbnails