May 31, 2012

Astro On The Go - Ke Mana-Mana Sahaja Bersama Anda

Saksikan koleksi rancangan terbaik daripada Astro menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba dengan Astro On-The-Go - perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda. 

Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video Atas Permintaan dan Acara SIARAN LANSUNG. Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi  Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka. 

Pada pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. 

Fasa ketiga pula akan menyaksikan Astro On-The-Go ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun. 
Bawa yang terbaik daripada Astro, ke mana-mana sahaja anda pergi

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego

P.s : Astro B.yond PVR sudah teruja, Astro IPTV blom ada, Astro On The Go bagaimana pula agaknya?

Homestay Pilihan di Kelantan untuk Keluarga Besar

Assalammualaikum...


Sempena cuti sekolah ni,mungkin ramai yang tercari-cari homestay terutamanya yang datang melawat Kelantan.Apa kata mencuba penginapan yang selesa dan lengkap seperti tinggal di rumah sendiri.

D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa,Kelantan ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.

Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.

Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:

1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
1 Bilik?
2 bilik?
Yieza, 3 bilik berkipas syiling dan
Bukan satu tetapi
2 bilik air
4. 1 Mesin Basuh
dan Peti Sejuk


D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir denganmencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ.

Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.Untuk ke tempat-tempat lain misalnya :

10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa

Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Kelantan,mari menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.

Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.
"Special for my readers, mention Eyriqazz.com, dapat harga special RM240 sehari.."

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :


TelefonPn Ida - 012-3247004
E-mail : ummiarissa10@gmail.com
Facebook : D'Family Homestay



Tambahan: Homestay ini Untuk Muslim Sahaja

Isteri Mengidam IKEA Meatball Selepas Berpantang

Weekend lepas, sempatla tunaikan hasrat isteri yang memang mengidam nak pekena Meatball dan makanan lain di IKEA. So, bawalah Isteri ke IKEA bersama Mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar :

Weekend kalau tak penuh di food court memang tak sah
Tips nak dapat tempat duduk?
Cari orang yang dah nak habis makan dan tunggu je....

Penuh. Makanan di IKEA ni memang menjadi kegemaran ramai

Beratur. Nasib baik staffnya agak pantas dalam menerima dan menyiapkan order

Kek Daim sudah tiada di IKEA. Kini digantikan dengan Almondy Dark Chocolate Cake
Wifey cakap, still sedap. Eyriqazz try pun, boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Pilihla mana yang nak. Hari ini Papa belanja semua

IKEA Meatball. 20 biji kongsi ngan Isteri. Memang marvellous dan sedap 
Aksi Alisya makan French Fries.Amboi-amboi 
Saya tahu, meleleh air liur kan? 
Inilah yang saya order untuk 5 dewasa, satu kanak-kanak
Total RM90++ termasuk tax
Nasib baik air boleh refill...

My Magic Card...Using this Card, I don't have to pay  makanan di atas
Inilah salah satu kelebihan jadi "IKEA Brand Ambassador"

This is the beauty of blogging too.. Kadang-kadang, kita tak tahu apa rezeki di hadapan kita. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Bolehla jimatkan dan makan lebih meriah di IKEA selalu...

P.s : One day mungkin saya jemput a few rakan-rakan bloggers makan-makan di IKEA ini..

Feedback dari Bloggers yang Diteguri

Alhamdulillah, Segmen Tegur Menegur saya mendapat respons yang positif. Semua yang ditegur mengambil teguran pada sudut yang positif. Jom tengok apa feedback mereka :



Eleh.....macam la blog dia best sangat nak kondem2 
blog orang..huh..!
Eh..eh..eh..
dalam ego dan perasan bagus serta sombong
tak sedar diri sebagai orang baru dalam dunia blog,
Akhirnya satu persatu aku tukar.

Entahlah apa pulak pendapatnya lepas aku
buat renovation satu persatu nih..  - Bila Ditegur Pemilik Header Cerita Jepun-

Komen Gieyana :
Alhamdulillah..saya memang terharu sangat. Terima kasih kerana sudi mengulas/mengomen dan sewaktu dgnnya. - Blog Saya Ditegur Eyriqazz -

memang semua tegurannya tu betul dan betul betul belaka. Aku yang buta It ni memang mengaku " anguk anguk kepala ni".
terima kasih kepada eyriqazz sebab sudi menegur aku yang baru bertaktih dalam dunia blogger ni.
I'allah akan aku perbaiki sedikit demi sedikit kekurangan yang ada pada blogku ini.  - Ditegur Eyriqazz.Com

Tahniah kerana mengambil teguran pada sudut yang positif. Yang eyriqazz jealous, ada antara yang pernah eyriqazz teguri sudah mengalahkan eyriqazz sendiri dari segi template blog, kekemasan blog, dan etc..Hik3, yang menegur ni pun banyak yang perlu diperbaiki juga kan?

P.s : Mahu ditegur? Make me an offer that I can't refuse....

May 30, 2012

Feedback dari Sogo Malaysia

Entri Kadar Parking di Sogo yang agak Mahal turut saya tweetkan ke @KLSOGO. Tak sangka, mendapat respons positif dari pihak Sogo :



Yup, saya rasakan parking di Sogo agak mahal. Most pembacapun berpendapat sama


Respons dari Pihak Sogo Malaysia : My feedback will be forwarded to the respective department

Tahniah dari saya ucapkan

Harap-harap adalah respons positif ya dan bukan sekadar membalas bagi menyedapkan hati pengguna. Yup, my wife memang suka shopping di Sogo tapi faktor parking yang agak mahal selalu membuatkan hati ini malas nak berkunjung ke Sogo . 

P/s : Jangan ambil ringan pandangan/feedback pengguna, tak gitu?

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award 2012

Entri yang dah agak basi sikit. Saya orang terakhir yang updatekan pasal "Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012" ni kot..Alang-alang dah amik gambar, kenala buat entry juga kan?

Bloggers bila dah berjumpa.Apa lagi, menganyam ketupat laa
Discuss isu "Harga Ikan Siakap"
Panelistnya : Sumi Gigi, Abang Ensem, Atok Je Jai, Nurul, Broframestone dan Ketua Talibarut, Kak Ina KL
Cantik Kadnya. Serba merah lagi.Sebelum terlupa, thanks Zarul Umbrella for invite
Senarai Pemenang.
Stage
Mahathir Lokman. Majlis lebih bermaya dengan pengacaraan yang mantap
Dalam dewan. Adalah lebih 200 orang juga kot
Bersama Geng-Geng TaliPerut : Zarul Umbrella,AE, dan AbangNara
Makanan...Okla la..tapi ada bloggers yang cakap kena food poisoning...
Organizer, please take note.
Atilia. Persembahan nya boleh tahan juga
Zarul Umbrella, salah seorang pemenang
Ini je ke hadiahnya?
Umm, sepatutnya ada hadiah sampingan..Penat tau bloggers meraih undi
Ni macam Win-Loss situation je, bloggers tolong up kan trafik di website tu, hadiahnya medal ni je??

Aksi Penyokong Kelab Fatin Liyana

Overall, saya teruja dapat jumpa rakan-rakan bloggers tapi tidak teruja dengan event ini myself. Persembahan yang agak lama i.e. "Lawak Spontan". Mungkin faktor bajet yang membuatkan event ni agak kurang meriah... Apapun, just pandangan peribadi.

Jangan Tiru Aksi Ini

Jangan Cuba-Cuba nak tiru aksi Ini ...Hik3...
Gambar pemenang ambil gambar paling kelakar within 5 minit ketika event
Sneak Peak : Sony NEX-F3 & SLT-A37 Launch

May 29, 2012

Birthday Anak Buah

Awal bulan lepas, semasa pulang ke Kelantan, sempatla celebrate birthday anak buah yang ke-9 iaitu Arman. Time ni Alisya masih demam campak tapi dah berkurang skit..

Arman dan Alisya

Kek Angry Bird. Bukan Main suka lagi anak buah..Alisya pun samalah
Satu angry bird satu sorang

Juadah yang dimasak oleh Kakak Ipar dan Mak Mertua
Sedap,sedapp
Pekena ngan Sunquick Ais
Bila nak makan kek ini papa?
Anak buah dah muncung Alisya buat macam kek dia punya. Hik3
Acara Potong Kek
Alisya diapit abang-abang sepupunya. Dialah leader, mengarah sana sini
Macam Mamanya la kan? Hik3 lagi
Papa, sedapla..Nanti birthday Alisya bulan 6 nanti, beli kek besar-besar ya

P.s : Birthday Alisya bulan 6 ni belum planning lagi. Kalau Birthday Alisya tahun lepas saya jemput rakan-rakan bloggers yang rapat, tahun ni camne pula ya. Any suggestion?

Mee Bandung Muar Jalan Masjid India

Semasa jadi "Bujang Sementara" sempatla Sahabat Single dan Available bawa saya dinner pekena Mee Bandung Muar di Jalan Masjid India. 

Fuhh, tengok Mee Bandungnya pun sudah cukup menggiurkan. Tuh belum makan lagi
One of the best Mee Bandung Muar i ever taste
Senyum,senyum. Model Mee Bandung tak sabar menjamu selera
Jemput Makan. Jangan Malu-malu
Bro, Sambil makan, sambil usha awek best juga kan?
Yang ni aku punya..Ko jangan nak paww aku punya pula
Sambil pekena Air Buah Mangga dan belimbing. Memang terangkatt
Kalau singgah di Masjid India, tryla cuba...Gerenti puas hati
Harga pun berpatutan...Total makan 2 orang tak sampai RM20
Related Posts with Thumbnails