Baruje lepas Menonton Nur Kasih The Movie bersama Isteri malam tadi di GSC Midvalley. Agak kepelikan coz masa booking online petang tu banyak seat yang kosong, dan dengan happynya dapatla booking seat yang digemari. Well, Inilah Review Peribadi dari eyriqazz :
Apa Yang Best Pasal Nur Kasih The Movie ni?
@ Banyak unsur-unsur kekeluargaan di selitkan. Hubungan kekeluargaan yang jitu, Air dicincang takkan putus.
@ Ada Adik Mia Sara. Comel dan menceriakan filem ini.
@ Cerita agak jiwang dan menyentuh perasaan juga, kasih sayang seorang Isteri, Suami, Anak, Ibu, rakan, dan etc diselitkan dengan begitu menyentuh jiwa. Kalau feel betul-betul citer ni, memang boleh nangis dibuatnya.
@ Kakak sebelah eyriqazz nangis teresak-esak. Huk3, buat eyriqazz pun mahu nangis sama.
@ Dapat tunaikan hasrat Isteri teringin sangat nak tengok movie ni.
Apa Yang Kurang Best Pasal Nur Kasih The Movie ni?
@ Sedih je memanjang. Huk3, nak santai-santai kan diri. Tapi ,bila asyik sedih je memanjang, rasa kurang bestla pula. Maybe expectation saya, cerita ini bercorak "Romantic and Lovely " bukannya sedih-sedih...
@ Some Part macam kurang real especially part keretapi meletup. Badan terbakar, darah, kurang real.
@ Tizz Zaqyah nampak lebih menawan dan cantik di Drama Nur Kasih jika dibandingkan dengan Nur Kasih The Movie.
@ Tudung Tizz Zaqyah kurang cantik. Dalam Drama rasanya byk yang lebih cantik (Oppps, sampaikan tudung ko usharr? ). Apapun, pandangan peribadi. Orang lelaki ni manalah pandai sangat bak2 tudung ni kan? Hik3...
@ Cerita mostly berkisar tentang Adam dan Nur Amina . Tak suka part Wifey Aidil meninggal. Banyak watak menarik cam hilang especially Ummi Nazeera (fuuh, really love dia berlakon...) .. Memang twisttt cerita...
@Cerita agak lost buat seketika. Sampaikan wifey cuit, "Abang, tak fahamla jalan ceritanya "
@ Anak Aidil ketika besar dilakonkan oleh "Norman Hakim" . Umm, takde orang lainke?
Overall, saya kasi rating 6.5/10. Saya lebih sukakan dramanya jika berbanding dengan Nur Kasih The Movie ni... Apapun, lain padang lain belalang kan? Boleh la baca review mereka ini juga :
P/s : Korang dah tengok Nur Kasih The Movie ? Apa pula pandangan anda?