June 30, 2011

Dapatkan Video Indon/Jepun(18SX) Hebat

Dapatkan Video Indon/Jepun(18SX) Hebat
Once in a while, mesej-mesej camni akan terjah ke handsetku ini. Mahu nombor handset penghantar ini  n request it personally?
Jom Terjah SINI. Hik4.....(Kita tengok siapa yang kena)

Nahh, bak kata Cikgu Matematik saya masa Form 3, semua dah besar panjang/lebar, pandai2la bawa diri masing-masing. Dari melalut ke sana, Jom Sama-Sama Buat Duit/Income Online :


Jangan Baca/Klik

Laaa...Kan dah cakap jangan baca/klik...Kan dah kenaaa...Hik4....

P/s : Mood gigi dah makin sihat...More updates seperti biasa coming soon...Yeyyy,riangnya hati....

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|30 June 2011



So, cabaran terakhir untuk Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com untuk 3 pemenang.

Join dan berpeluang menang IPAD 2, Canon EOS, HTC Desire and ........


Teka jumlah MYR itu. Peneka paling hampir tepat win..Mudah kan?

June 29, 2011

Malaysia Lawan Taiwan| Ramai Aweks Cun

Photobucket



Punyalah semangat Ofismate Eyriqazz @ Cimon untuk menyaksikan Perlawanan Malaysia vs Taiwan ,Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 . Mana tak nya, around pukul 7 malam dah sampai stadium Bukit Jalil, siap boleh mesej lagi :

" Gua dah sampai stadium. Ramai aweks Cun". 

Amboi-amboi, sambil menyelam sambil minum air ekks? Bila la nak kenalkan sorang dua aweks bro tu? Masih terlalu jauh perjalanan Malaysia untuk ke Piala Dunia 2014, sama-samalah kita doakan sempena Isra dan Mikraj, Malaysia mampu membawa pulang kemenangan beharga di Stadium Sendiri.

Apapun, bagi yang tak boleh tengok live, no hal, boleh tengok live update dari reporter yang baru direkruit oleh Karam Singh Walia, sama-sama terjahi sini :

Keputusan Malaysia vs Taiwan - Kelayakan Piala Dunia 2014

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|29 June 2011


UPDATED - Masih belum ada yang berjaya meneka dengan tepat.

So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 2 pemenang dan inilah soalannya :


Antara 7 Blog ini, sebutkan tiga blog yang paling kerap dikunjungi oleh Isteri Eyriqazz.


Blog 1
Blog 2
Blog 3
Blog 4
Blog 5
Blog 6
Blog 7


Dua peneka terpantas yang betul  will win.Sila jawab di komen entri ini (i.e. Blogger 1,2, dan 3)..Good Luck...

Mee Hun Goreng Taknak Pedas


Lepas cabut gigi, doktor gigi pesan, tak boleh makan pedas-pedas. Masa lunch semalam, singgahila gerai makan dekat JKR :

Eyriqazz : Akak, kasi Mee Hun Goreng Satu. Xnak sayur, xnak taugeh, xnak pedas (Confident je)
Akak JKR: OK..beress...

Dalam 10 minit,sampaila Mee Hun Goreng yang diorder.

Akak JKR : Siap. Xnak pedaskan.So, akak letak kicap je laa...
Eyriqazz : (Speechless, try makan, masinnya...huk3)

Cimon : Ambik ko...Cakapla nak mee hun goreng kurang pedas, bukannya taknak pedas..kan dah merasa makan mee hun goreng masin.
Eyriqazz :Huk3, kerana santan pulut binasa, kerana tersilap ayat, dapat mee hun goreng masin...

**Mood Lapar..

P/s : Berhati-hati dalam memilih ayat ..Tersilap kata, tanggungla sendiri.

June 28, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|28 June 2011


So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 3 pemenang dan inilah cabaranya :
Komen entry INI

3 Komen terbaik/Constructive feedback win....

Makanan Orang lepas Cabut Gigi

Huk3, memang perit lepas cabut gigi bongsu ni. Nak makan pun susah. Nak makan pun kena berpantang. Panas tak boleh,sejuk tak boleh, susah makan pun tak boleh. Huk3, so inilah antara makanan eden time lepas cabut gigi ni :


Bubur Ayam Mcd...Telan je laa..

Better than takde kan?

Cabut gigi bongsu memang sakit.Lagi sakit dari cabut gigi geraham. Demam pun masih belum kebasni. Nak menulis pun takde mood mana,dikuatkan semangat juga,kan nanti ada Orang Nak take over blog ni pula. 

Tak Boleh Jadini...Someone Wanna Take Over My Blog

Tak Boleh Jadini...Someone Wanna Take Over My Blog...Huk4,nampak gaya kena bersara awal laa dari dunia blog dengan kemunculan dia ni :


Arini nak update Kisah Je Jai  mengorat Lisa Surihani
Lisa Surihani pula nak mengorat Hamzah Ian
Xnakla...Nak citer kisah Babah jumpa Kak Ina KL laa...
Amcam,ada bakat tak?
P/s : Gaya rambut tiru mamanya..Hik3..

June 27, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|27 June 2011


So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 1 pemenang dan inilah soalannya :
Berikan tarikh eyriqazz menyertai Nuffnang?

Jawapan yang betul terpantas win...

UPDATED - Tahniah buat Cik Diana, pemenang kali ini. Emailkan ke iman1237@hotmail.com untuk pilihan hadiah (cash or top up)

Pandangan Saya | Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Pelbagai reaksi dan komen diterima dari entri saya sebelum ini yang bertajuk Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak . Yup, ada yang percaya ,ada yang tidak, ada yang setuju, ada yang kurang setuju dan pelbagai lagi. Termasukla Isteri saya sendiri.

Some Question from her :

1) Betulke kandungan gula berlebihan dalam susu yang Alisya guna sekarang?
2) Kawan sayang cakap " Ok je Abang kandungan gula dalam susu alisya ni"
3) Dalam Internet, pelbagai informasi dan maklumat yang sedikit bercanggah dari entry abang tu berkenaan Kandungan Gula dalam Susu Tepung untuk anak-anak...Confius la Abang, mana satu yang betul ni? 

Umm, pening juga saya untuk menjawabnya kepada Isteri sendiri. Surfing around, asking people dan gunakan Internet sebagai salah satu sumber informasi, inilah antara pandangan/pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi :

Saya mencuba sendiri Susu Alisya. Honestly, saya akui sedikit manis dan Alisya agak aktif juga 
( Terjawab Soalan 1 isteri,kandungan gula yang berlebihan boleh menyebabkan anak-anak hyperaktif)

Soalan 2 : Sayang, tidak semua kata rakan-rakan itu betul. Kita kena cari informasi dan sahkan juga informasi itu. 

Soalan 3 :Well, pandangan saya, tepuk dada, tanya selera. Kita berhak mempercayai dan memilih apa yang kita rasakan benar tapi make sure ianya dari sumber yang boleh dipercayai dan dilengkapkan dengan bukti dan sumber rujukan yang "terkini" dan mendapat pengesahan especially daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Ini antara jawapan yang saya temui dari pengalaman dan pembacaan saya sendiri :

1) Kisah Si Gula

Apa jua nama yang digunakan i.e. natural sugars, added sugars, corn syrups solids,glucose syrups solids, sucrose all of them adalah gula dan semakin tinggi penggunaannya, semakin tidak elok untuk kesihatan anak-anak.

2) Cubalah rasa sendiri Susu anak-anak anda. Adakah manis or OK? How about their behaviour? 

3) Semak Kandungan Gula untuk Susu Anak Anda. Semak di label "Karbohidrat untuk setiap hidangan" . Cam kes anak saya, 24g. Paras normal adalah 11-12g, so disini setiap hidangan sudah terlebih lebih kurang 13 g added sugar.

*Under Malaysia labelling act for Children Growing Milk, Carbohidrat on the label contains only sugars level (either naturally present or added into it)

4) Pilihla Susu Yang Terbaik Untuk Anak-anak. Well, semuanya bermula dari kita. Tepuk dada, tanya selera. Ourself, masih dalam proses ke arah itu. Yerla, perubahan susu bagi anak-anak tidak boleh dilakukan dengan drastik. Sikit-sikit dan serasikan ia.

5)Jika masih belum berpuas hati, keliru, ataupun tertanya-tanya, langkah terbaik, bertanyalah kepada Doktor ataupun Dietician. Pandangan profesional lebih memuaskan hati dan lebih dipercayai, tidak gitu?

Last but not least :

Semua Ibu/Bapa mahukan yang terbaik untuk Anak-anak

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan carilah jawapan bagi persoalan yang masih tertanya-tanya. Tepuk dada, tanya selera, setiap orang bebas mempunyai pandangan peribadi. Better late than never, malu bertanya sesat jalan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kitalah yang bakal mencorakkan masa hadapan anak-anak dan dari pemakanan inilah antara faktor terpenting dalam perkembangan mental dan fizikal mereka.

(Teaser) Majlis 2nd Birthday Alisya




















P/s : Masih tak larat nak menulis panjang2...Pipi masih bengkak penangan cabut gigi bongsu.Harini tidur je memanjang. Badan masih panas, demam penangan cabut gigi masih belum kebas.

June 26, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|26 June 2011


So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 2 pemenang dan inilah soalannya :
Check on entry eyriqazz. Berikan permalink entry yang mempunyai komen 50 or lebih...
I.e. 
Permalink 1 = 
Permalink 2 =
Permalink 3 = 
dan seterusnya....Paling byk permalink menang
The highest yang berjaya mendapatkan jumlah permalink yang melebihi 50 komen akan menang.

UPDATED - Tahniah buat Syuhada dan Kak Yong pemenang kali ini. 


Emailkan ke iman1237@hotmail.com untuk pilihan hadiah (cash or top up)

June 25, 2011

Cabut Gigi Memang Sakit

X Larat nak uploadkan gambar lagi, Credit Picture to Mama Zharfan

Huk3, on my 2nd Majlis Birthday untuk Alisya, semalam pi cabut gigi bongsu. Minor operation, habis dalam RM500+. Nasib baik company cover...Ohh Cabut Gigi Memang Sakit especially a few days after that...Nak demam2 rasa, makan painkiller pun masih rasa berdenyut2.Tengokla, sampai bengkak pipi dibuatnya, terus spoil gambar....

P/s : Thanks for All yang datang tadi. Tersilap, terkurang harap maafi.

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|25 June 2011



So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 3 pemenang dan inilah soalannya :
Check on the Facebook Share di entry eyriqazz. Berikan permalink entry yang disharekan 30 or lebih...
I.e. 
Permalink 1 = 
Permalink 2 =
Permalink 3 = 
dan seterusnya....Paling byk permalink menang
The highest yang berjaya mendapatkan jumlah permalink yang melebihi 30 share will win. Yang contoh diatas sudah tidak dikira ya.Komen di entry ini..

UPDATED - Tahniah buat Syuhada,Cik Yana dan Jalut , pemenang kali ini.


Emailkan ke iman1237@hotmail.com untuk pilihan hadiah (cash or top up)

Sepah Juara Maharaja Lawak

UPDATED - Tekaan saya salah, Sepah dinobatkan Juara Maharaja Lawak. A Well deserve win. Persembahan mereka memang terbaikkk....

Jozan Juara Maharaja Lawak. Ummm, biar betul? . Maharaja Lawak 2011 bakal melabuhkan tirai malam ini, namun sudah kedengaran kencang , Juara Maharaja Lawak kali ini bakal dirangkul oleh Kumpulan Jozan gandingan hebat dari Johan dan Zizan .

Final Maharaja Lawak bakal dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam malam ini, 24 June 2011 dan finalist yang lain jangan dipandang ringan seperti Sepah, Nabil dan Jambu.

Namun, secara peribadi, saya meramalkan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak malam nanti dan ini dan inilah pandangan saya kenapa mereka Bakal dinobatkan sebagai Juara untuk Maharaja Lawak yang ulung-ulung diadakan kali ini :

1) Vote tertinggi Konsisten sepanjang Maharaja Lawak
- Dari Minggu Pertama sehingga minggu sebelum final, Jozan konsisten mendapat undian paling tinggi. Alahai, dah namapun realiti show, normally yang konsisten mendapat undian tertinggi, dialah yang bakal menang. Tengok saja pada Nabil dan Mawi. So, Juara Maharaja Lawak sudah sebelah tangan di tangan Jozan.

2) Populariti Jozan
- Zizan yang baru-baru ini mengalahkan Nabil & Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH 2010. Tak lupa juga, Johan yang memang cukup popular dan berlakon Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Juara? Populariti mereka akan memudahkan mereka bergelar juara. 50% Markah dari Vote kan?

3) Markah Hakim
- Umm, bagi eyriqazz, selama menonton Live Maharaja Lawak, sudah nampak yang Mamat Khalid agak memihak kepada kumpulan Jozan. Ahmad Idham umm sukar diramalkan. Apek sudah semestinya seteru dengan Nabil.  Markah hakim ni pun penting, 1/3 banyak tu, so, memang tak salah dikatakan Juara Maharaja Lawak bakal menjadi milik Jozan.

4) The Only Team yang tidak pernah tercalon untuk "Terkeluar"
- Jozan the Only Team yang tidak pernah tercalon untuk undian keluar. Nabil, berkali-kali. Jambu ,pernah juga, Sepah pun a few times juga. So,mee di sebalik udang, agak cerah peluang mereka untuk bergelar Juara Maharaja Lawak 2011.

5) Pengacara Raja Lawak untuk 4 Musim
- Johan dan Zizan sudah menjadi pengacara Raja Lawak selama 4 musim.So, sudah pasti ianya memberikan kelebihan yang besar, peminat yang semakin bertambah dan setia terutamanya yang menonton Raja Lawak. 

6) Populariti Zizan
- Populariti Zizan yang berasal dari terengganu ini bolehla dikatakan berada di kemuncak kali ini. Berjaya menewaskan Nabil dan Saiful Apek untuk Pelawak Paling Popular ABPBH dan juga menjadi pengacara Melodi , salah satu rancangan hiburan yang paling popular di Malaysia. Jadi, memang besar kemungkinan Jozan bakal bergelar Juara Maharaja Lawak.

7) Best Team Win
- Overall, boleh dikatakan persembahan Jozan agak konsisten dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walaupun saya amat meminati Nabil dan Sepah, namun kredit should be given when it due. Mereka berdua kurang kontroversi "Panas" dan dengan Gelaran Juara Maharaja Lawak milik mereka mungkin boleh menaikkan ranking dan Realiti Show sebegitu. Faktor sebegini pun biasanya diambil kira untuk memilih pemenang.

Maharaja Lawak 2011 pilihan denaihati jawapan yang agak berkias-kias,siapakah pilihan dia agaknya? Cikgu Dahlia pula pun sama meramalkan Jozan bergelar Juara Maharaja Lawak


Saya mungkin tak dapat tengok Live Final Maharaja Lawak Malam ni , nak preparekan persiapan untuk Birthday Alisya besok. Apapun, thanks too Astro B.yond PVR, bolehla rekodkan ia dan tonton bila pulang or berkesempatan nanti. 

Inilah tekaan dari eyriqazz berkenaan Keputusan Akhir/Final Maharaja Lawak malam nanti:

Johan/Juara Maharaja Lawak : Jozan
Naib Johan Maharaja Lawak : Sepah
Ketiga : Nabil
Keempat : Jambu

JeJaibu (ahli terbaru kumpulan jambu) mungkin akan buat live update Final Maharaja Lawak malam nanti.Siapa pula pilihan anda?. Siapakah yang bakal bergelar Juara Maharaja Lawak? Adakah Jozan , Sepah, Nabil or Jambu?

June 24, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|24 June 2011


So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 3 pemenang dan inilah soalannya :


Antara 7 Bloggers Wanita Popular ini, Siapakah 3 bloggers yang eyriqazz tidak pernah jumpa in real life? .



Blogger 1
Blogger 2
Blogger 3
Blogger 4
Blogger 5
Blogger 6
Blogger 7


Jawapan pertama,ke 5 dan ke-10 terpantas yang betul will win.Sila jawab di komen entri ini (i.e. Blogger 1,2, dan 3)..Good Luck...



UPDATED - Tahniah buat Liyana Lunia, Mat Joe dan Ummi Hanie ( yang last ni cabutan undi by random.org as 9 org saja berjaya meneka dengan tepat/tidak dibenarkan teka dua kali ) pemenang kali ini.


Emailkan ke iman1237@hotmail.com untuk pilihan hadiah (cash or top up)

June 23, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com|23 June 2011

Photobucket
Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com


Berikan blog URL blogger yang bersama eyriqazz ini. Jawapan ketiga terpantas yang tepat akan memenangi RM10 Cash/Top up.


UPDATED - Tahniah buat Hazman Fadzil, pemenang kali ini. The only one yang berjaya meneka dengan tepat. Jawapannya : http://madammondoq.com/


Emailkan ke iman1237@hotmail.com untuk pilihan hadiah (cash or top up)

June 22, 2011

Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com


Photobucket

Alhamdulillah, hari ini 22 June 2011, genaplah 2 tahun Usia Puteriku, Nurul Alisya Ilyani. Sejak kelahirannya,semakin murah rezeki kami. Syukur ke hadrat Illahi.


Bersempena Birthday Alisya, so kali ini, eyriqazz mahu anjurkan Small Contest yang bertajuk "Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com". Bermula dari hari ini, 22 June 2011 sehingga 30 June 2011, Hadiah at least RM10 sehari melalui Small Contest di blog ini. 


Mudah je, mungkin buat Small Quiz dan soalan-soalannya akan diberikan di blog ini, Facebook Eyriqazz or Twitter Eyriqazz .


So, cabaran untuk hari ini, RM10 untuk 2 pemenang dan inilah soalannya :


Antara 7 Bloggers ini, Siapakah yang eyriqazz tidak pernah jumpa in real life? (seorang dari 7 ini).


Blogger 1
Blogger 2
Blogger 3
Blogger 4
Blogger 5
Blogger 6
Blogger 7


Jawapan pertama dan ketujuh terpantas yang betul will win.Sila jawab di komen entri ini (i.e. Blogger 7)..Good Luck...

UPDATED - Tahniah diucapkan kepada pemenang : AdyShariz(1st) dan Syuhada(7th) meneka dengan tepat. Sila e-mailkan pilihan hadiah anda ke iman1237@hotmail.com ( Cash or Top up )

Wordless Wednesday #7 - Happy 2nd Birthday Alisya










Related Posts with Thumbnails