September 30, 2011

Cek ke 24 Dari Nuffnang

Cek ke 24 saya terima tersenyum Riang
Thanks Nuffnang, Hatiku Gembira bukan kepalang
Dikau sentiasa buatku tidur dengan lebih tenang

P/s : Kenapa Trafik 4 Angka tapi Earning 2 Angka? . Bukan susah nak susah, bukan senang nak Senang.  

2 Tahun Bersama Nuffnang


I Love Nuffnang (Credit Picture to My-Alia )

Bulan ini genaplah 2 tahun bersama Nuffnang. Juga genaplah 2 tahun saya aktif berblog. Lambat pula entry tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas [ My 1st Anniversary with Nuffnang ] . 2 tahun bersama Nuffnang telah banyak mematangkan saya tentang dunia blog ini. Well, saya masih merasakan I'm a beginner di dunia blogging ni.... 

Random things about me/Nuffnang selama 2 tahun ini :


1) Persahabatan yang dibina

Persahabatan yang dibina especially melalui Events bersama Nuffnang memang tiada tolok gantinya. Walaupun tahun ini, agak sepi sedikit events Nuffnang, namun keakraban/persahabatan tetap terjalin. Sehinggalah, tertubuhnya secara rasmi :


Setakat ini, ada 18 rakan bloggers yang diketuai oleh Kak Ina KL. Most of us adalah rakan-rakan bloggers yang selalu berjumpa di events Nuffnang, sukakan events, dan Nuffnangers. 

2) Events yang Mempesona

One of the main reason I really love/like Nuffnang adalah kerana eventsnya yang memang best.... Cam tahun ini dapat VIP treatment tengok Sesi Latihan Chelsea . 


Memang speechless, terharu, dan gembira. I know, I know, I'm not a popular blogger, rupa pun takde,badan tak berketak2,1 pax saje yang ada, misai kata Je Jai boleh buat tanglung. Bila terpilih, ianya suatu yang amat menggembirakan....

Oh, saya calonkan Kak Ina KL sebagai Nuffnang Featured Blogger untuk bulan-bulan mendatang. Memang sukar dicari blogger sepertinya.

4) Hadiah Contest

IPAD 2, Pakej Percutian Honeymoon ke Kota Kinabalu di Hotel 4 Bintang, LG HD TV,Handphone antara hadiah yang pernah saya menangi bersama Contest dari Nuffnang. Thanks a lot, seronokkk...tak sangka dapat berpeluang memenangi pelbagai hadiah.



Tipu la kan kalau tak teruja terima Advertorial dari Nuffnang. Umm, bukan mudah nak dapat advertorial, dan bukan mudah juga untuk menghasilkan entry Advertorial yang digemari pembaca dan juga Advertiser. Komitmen yang tinggi juga diperlukan. Kreativiti. Cubalah tanya bloggers yang pernah mendapatnya, easy said than done...Itulah yang boleh saya katakan.

6) Staff Nuffnang yang Peramah

Hello, can i speak to Eyriqazz? Hik3....Staff Nuffnang yang peramah dan mesra bloggers membuatkan saya terus gembira bersama Nuffnang. Yup, sayani pemalu orangnya, sikap ramah staff Nuffnang membuatkan saya berasa selesa. Ohh, Robb Chew antara ex-Nuffies yang memang mesra dan ramah . 


Hik3, "Thara said : Nak kene lesingggg niii! . Hik3, tengok tu, nampak Nuffnang masih sayangkan saya, Thara @ Staff Nuffnang yang menjadi pengomen pertama di entry itu. Manakan mungkin semudah itu saya meninggalkan Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan kepada saya. Ohh Thara, get well soon.. We all really Miss U, Mrs Thara Yang Hot

8) Sandiwara Dunia Blog

Melalui event dan berblogging bersama Nuffnang, hik3, memang diakui banyak sandiwara dalam dunia blog ini. Depan pijak semut pun tak mati, belakang mati-mati tikam , menipu untuk kepentingan peribadi, Kacang Lupakan Kulit, dan etc, adalah perkara biasa. For me, terpulanglah kepada diri sendiri, kepopularan berblog etc tidak ke mana, bukannya artis kan? Roda ini pun bulat, tak selama-lamanya kita akan berada di atas kan?

9) Income Blogging

Tipulah kan , kalau tak gembira dapat wang? Especially kalau dapat duit/Income dari sesuatu yang kita minat... Thanks Nuffnang, Income Nuffnang sedikit sebanyak telah banyak membantu saya especially dalam menunaikan hasrat Si Isteri on Her Special Occasion i.e. Birthday, Anniversary, etc... 


10) There Are Something Money Can't Buy

Kegembiraan saya bersama Nuffnang bukannya boleh diukur dengan wang ringgit.Tepuk dada, tanya selera... Mungkin citarasa masing-masing berbeza, namun kalau sudah sukakan ia dan ianya menepati citarasa anda, itulah yang sebaiknya kan? For me, Itulah Kesimpulan saya 2 tahun bersama Nuffnang, banyak kelebihan bersamanya yang sukar say perolehi selama ini.... 

Panjang pula entry kali ini, hik3...ini untuk eyriqazz baca seorang diri di malam hari...Nasihat saya buat bloggers di luar sana, "Tepuk Dada, Tanya Selera". Sejauh mana kita pergi, Ingatlah Asal Usul, jangan jadi seperti "Sang Merak" yang terus sombong apabila dibuai dengan kecantikan. Ataupun Sang Kacang yang lupakan kulitnya apabila di Ngap Oleh Je Jai...

2 tahun bersama Nuffnang gembira hati
Pengalaman menguja sukar ditukar ganti
Tepuk dada, tanya selera, tanya Hati
Kalau Hati Sudah berkenan, Lisa Surihani pun ditolak ke tepi

***Itulah Ibarat 2 tahun bersama Nuffnang, pengalaman menguja sudah semesti

September 29, 2011

Hero Gila-Gila Remaja


Tertunailah hasrat di hati untuk berjumpa dengan pelakon lelaki pertama yang paling eyriqazz minati di zaman remaja, siapa lagi kalau bukan Faizal Hussein @ Azroy , Hero Gila-Gila Remaja. Hak3, sure ramai yang masih teringat-ingat dengan Hero Gila-Gila remaja ini, Kumpulan Gagak Hitam, geng2 motor, etc...

Sweet je tengok...Antara Pelakon yang datang siap satu family...Happy Family...Ohh, patut dijadikan contoh tauladan....Thanks Astro for making it reality for me..

"Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.". Kelas gitu, tak datang kelas, dapat award best student..Siapa yang tak tersentuh hati kan? 

P/s : "Dengarlah bicara hati, Hatiku hatimu"...

Gambar Isteri dan Artis Wanita Popular/Jelita

Kalau eyriqazz teruja dapat bergambar dengan Heroin Nora Elena/Siti Saleha, Alisya pula teruja dapat bergambar dengan Mia Sara Nasuha, tak kurang pula si Isteri Eyriqazz. Dia lebih excited coz dapat bergambar dengan ramai Artis Wanita Popular/Jelita di Astro Gempak Raya Open House.

Bersama Erra Fazira

Memang cantik dan jelita orangnya.Walaupun sudah berkahwin dan ada anak, body still maintain. No wonderla pernah dinobatkan Miss Malaysia.

Bersama Diana Danielle

Hot juga. Rasanya dia datang dengan Farid Kamil. Wahh,memang serasi gitu. Dengar cerita, Jutawan Hartanah bakal masuk meminang untuk dijadikan Isteri no. 2 dia...Ahaksss....Betoi ke?

Bersama Rozita Che Wan

Janda paling "meletup" di Malaysia sekarang ini. Memang jelita dan senyuman yang menggoda mampu menggugat lelaki di luar sana. Hik3, senyuman menggoda insan disebelahnya lebih menggugat hati ini... (ayat cover linee)

Bersama Datuk Siti Nurhaliza

Cantik dan Jelita. Harap-harap Datuk Siti Nurhaliza cepat dapat anak. Tentu comel macam Datuk. Mahu tips? Boleh2, pengerasnya barangan Simply Siti untuk Isteri selama setahun. Hik3, gurauje Datuk...

Once again, thanks Astro for the invite. Bukan main gembira lagi si Isteri. Kalau ada jemputan ke Majlis dapat berjumpa Fauziah Latiff, ajak-ajakla ya..Isteri saya memang peminat No. 1 Fauziah Latiff...

Gambar Alisya dan Mia Sara Nasuha

Punyalah teruja Alisya semalam di Astro Gempak Raya Open House 2011 kerana dapat bergambar dengan Mia Sara Nasuha. 

Alisya dan Mia Sara Nasuha

Kalau time biasa, punyala susah nak suruh dia senyum n bergambar. Dengan Mia Sara Nasuha, bukan main excited lagi .Hik3, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... (Mama dia laa)
Comel Mia Sara Nasuha. Comel Alisya Papa
Ohh, Camni ke cara nak beraksi depan kamera? Mungkin itu yang cuba diperkatakan Alisya..
Sebelah Alisya, Isteri Retiss Popularzz

Alisya memang seronok dapat jumpa Mia Sara Nasuha. Thanks Astro kerana jemput kami ke Astro Gempak Raya Open House ini. Excited,Excitedd...

Hero Nora Elena 2

Yiezaa, Nora Elena 2 bakal muncul di kaca tv tak lama lagi. Dengar khabarnya, mungkin heronya mungkin bukan lagi Aaron Aziz @ Abang Long. Jom terjah Interview ekslusif bersama Heroin Nora Elena @ Siti Saleha :



Nora Elena menjeling manja Hero nora elena 2

Siapakah Dia? Umm, umm..tak surprise laa nanti

Malu la nak cakap...Kan Produser Marah I nanti

Yerlah, yerlah, I cakap...

Haa, Inilah Hero Nora Elena 2 nanti...Jangan lupa saksikan di kaca tv tau...

Dusshh.... Gurau jee...

P/s ; Entry ini ditujukan khas buat Mamat Ini...Hik3....

Samsung Galaxy S II atau Duit??


Tersenyum sendirian bila tengok video ni di Youtube.Ada mesej menarik yang cuba disampaikan. Jom kita tengok sama-sama :

Si Pencuri Ini Memilih Samsung Galaxy S II jika dibandingkan dengan duit...

Mencuri itu salah, tapi rasanya bukan itu yang cuba dimaksudkan...Maksud tersirat yang mungkin cuba diberikan oleh yang membuat video ini adalah " Antara Duit dan Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy SII yang menjadi pilihan...

Banyak lagi video yang menarik berkenaan Samsung Galaxy SII ni, kalau nak tengok bolehla terjahi SINI

Kalau saya di situasi yang memberikan pilihan i.e. Hadiah Samsung Galaxy S II or duit? Umm, pilihan saya? Fuuhh, can I Choose both?? So as I can use the money to buy another Samsung Galaxy S II for my lovely wife....Sepasang, barulah nampak "Romantik dan Sehati Sejiwa kan?" .Bijak,bijak...Thinking outside the box...

P/s : There are something money can't buy, But If You Have the Money, Go and Buy Samsung Galaxy S II...You will Love & Enjoy It..

Tertanya-tanya, Siapakah Gadis "Hot" di Sebalik Video/Game di Love Samsung Galaxy S II ini. Macam pernah tengok, tapi di mana ya?

September 28, 2011

Mesyuarat Tergempar Geng Talibarut MY

Yiezaa, semalam sempat menghadiri Mesyuarat Tergempar Geng Talibarut MY . Hik3,takdelah, ketua talibarutz nak kasi ole-ole dan timing elok pula baruje diorang lepas buat Spa Treatment. Lokasi dekat pula dengan rumah eyriqazz.

Mesyuarat pasal Apa? Pasal Blogger Popular Penipu? . Umm, biarlah rahsia antara kami. Namapun dah Geng Talibarut MY , macam secret-secret society gitu..Hak3...

Bersama Ketua Geng Talibarut MY @ Kak Ina KL dan AJK Approval @ Cik Lily Putih
Bersama AmySweetDarling @ AJK Kedatangan

Best juga dapat lepak geng-geng ni. Dapat bergosip-gosip dan bertukar-tukar informasi... Alahh, kami semua dah tahulah, siapa yang makan cili dia laa yang rasa pedasnya. Lambat laun, kebenaran atau ketipuan akan terbongkar jua, tak gitu?

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama Geng Talibarut MY  sorang
Bloggers muncul bersilih ganti
Kami tetap "Cool dan Serasi" dari dulu hingga sekarang

Maybelline New York | Ole-Ole dari Kak Ina KL

Sayang : Abang, kenapa setiap kali event Produk kecantikan Wanita i.e. maybelline, Loreal, Abang tak dapat jemputan dari Nuffnang?
Eyriqazz : Yerla, Abang ni Blogger Lelaki. Cam tak sesuai la dijemput ke sana..

Sayang : Ala, kalau jemput abang, Sayang pergi tak boleh ke? Teruja bila tengok dapat produk kecantikan yang cantik-cantik. Cam entry Kak INA KL ni : Hasil Rembatan Maybelline New York FashionWeek Workshop

Sayang pun suka produk Maybelline ni, especially gincu dia...Kalau camni, sayang pun nak jadi blogger jugaklah...Maybe nanti diorang ble invite sayang..

Dush,dushh.tak dapat nak menjawab...Anyway, mungkin Kak Ina KL mendengar luahan hati si Isteri, katanya ada ole-ole Maybelline produk untuk Isteri.Berbalas ole-ole keropok keping dari Terengganu buat Kak Ina KL . Rezeki ibu mengandung kot...Alhamdulillah :


Maybelline New York | Ole-Ole dari Kak Ina KL 

Thanks Kak Ina KL. Wifey sukakan semua produk ni. Ada produk-produk ni memang isteri dah plan nak beli..Yey, save budgett.... Thanks a lot...Betulla kata orang, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima..Give and take itulah sebaiknya..Rezeki bila dikongsi-kongsi, akan lebih menggembirakan, kan?

September 27, 2011

Once a Liar Always a Liar | Salinan Report Polis Blogger Popular


Salinan report polis ini saya terima melalui e-mail dari seorang blogger popular yang saya anggap macam rakan baik saya sendiri. Ternyata, kepercayaan saya selama ini hanyalah lakonan semata-mata. Walaupun report polis yang kau hantar, for me " Once A Liar Always a Liar". Tidak perlula cuba untuk menegakkan benang yang basah.

P/s : Buat baik berpada-pada, tolong orang pun berpada-pada, kelak jadi macam Melepaskan Anjing yang tersepit.

P/s/s : Jangan Jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit..Umm, Dulu pernah dinasihati oleh Redmummy, now baru saya tahu maksud sebenar di sebaliknya. Ohh, salinan report polis ini bukannya dihantar oleh redmummy.

Jalan-Jalan Cari Makan | Domino's Pizza

Weekend lepas, Isteri mengidam nak makan Pizza. Soo, singgahla di Domino's Pizza yang tak jauh dari rumah baru kami, PV13.


Pizza Aloha Chicken

Memang sedap. Tapi yang tak bestnya, takde sos cili. Dia just kasi serbuk cili. Mana Kaww makan ngan Pizza kan?



Roti Lembut...Alisya suka
Papa, Mana Pizza nya?
Suasana Santai..
Nampak menggiurkan
Yummy,yummy
Like Mother, Like daughter
Promosi,promosi..

September 26, 2011

Aiskrim Haagen Dazs Yang Serius Sedap

Semasa singgah di AEON Bukit Tinggi, Klang, Isteri belanja Aiskrim Haagen Dazs. Dah lama teringin nak makan aiskrim ni, dulu masa kat oversea selalu juga pekena Aiskrim ni. Serius sedap..So this time, hasrat di hati tertunai juga :
Aiskrim Haagen Dazs,Serius sedap. 9/10
Satu bekas ni RM10+ juga ni...Kongsi bertiga..Hik3

Sedapnya Papa..Alisya suka 'kuping' aiskrim tu

Fuhh,Lazattt...

Marvellouss..

Kalau Aiskrim Baskin Robbins sudah lazat, Haagen Dazs ini lagi sedap bak kata Isteri. For me, cam lebih kurangje. Both sedap, both mahal..Hik3...


Si Awek Jelita asyik menjeling-jelingku...Hik3..

Haagen Dazs AEON Bukit Tinggi, Klang
Jom terjah,tak jauh dari rumah Je Jai ni, kita mintak dia belanja...

Restoran Wong Solo, Shah Alam

Restoran Wong Solo, Shah Alam. Memang banyak kali sudah kudengari dari rakan-rakan, bloggers akan Ayam Penyet nya yang sedap. So, last week kami terjahila Restoran Wong Solo,Shah Alam ini. Special thanks buat Sumijelly (masih mamai bangun tidur tu,hik3) yang memberikan jalan yang salah dan KancilBiru yang menunjukkan jalan yang betul.

Ayam Penyet...Memang kebaboom..Like it...Kelainan tersendiri jika dibandingkan dengan ayam penyet lain yang pernah kami terjahi. Hargapun berpatutan
Ayam Panggang untuk Isteri. Boleh tahan juga katanya
Ikan Siakap Bakar . RM19.90...Sedap juga...Syoookk
Pekena ngan Jus Mangga. Yup, one of the best Air Buah Mangga yang pernah saya rasa
Suasana pun Santai.Kami pilih seat duduk bersila. Barula nampak ala-ala kampung skit kan?
Tempat bersih. Selesa..Pelayan siap pakai songkok etc lagi..

Overall, saya kasi rating 8.5/10. Indah khabar, Indah rupa. Kena dengan selera saya. 
Alamat Restoran Wong Solo, Shah Alam :
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-55111835
Dibuka Isnin-Ahad : 11pagi-11 malam

Lokasi Restoran Wong Solo ini tidak jauh dari rumah AbangEnsem, I-City Shah Alam dan Uitm Shah Alam. Selain itu, restoran itu turut ada cawangan di Bangi, Ampang, dan Kampung Bharu. Well, memang kelainan dirasai ayam penyet di sini....

Tryla sendiri dan nilaikan ia.....
Lokasi lain bolehla perbesarkan gambar ini

P/s : Amcam, pernah terjah Restoran Wong Solo? Apa pandangan anda? Sedaptak?

AEON Bukit Tinggi, Klang

Last week lepasje pi Beraya di Rumah Abangensem, sempatla singgah di AEON Bukit Tinggi,Klang. Isteri nak sangat singgah sini, katanya ini AEON terbesar di Malaysia. Banyak kedai etc.

AEON Bukit Tinggi, Klang. Memang besar shopping mall nya
S&J. Menarik mainan di sini.Alisya teruja
Jusco. Salah satu tempat shopping kegemaran kami seisi keluarga
Tempat games. Umm,makin teruja Alisya
Papa, Tunggu sini. Mama nak pi shopping dulu...Hik3..
Tempatnya Santai, selesa, tak crowded mana dan memang menarik laa untuk golongan wanita especially
Jalur Gemilang dikibarkan
Sukala jalan-jalan sini. Tak crowded. Tempatpun luas
Tengok Alisya, macam dah selalu datangje sini

P/s : Buat AbangEnsem, silala bawa Isteri shopping sini @ AEON Bukit Tinggi, Klang. Tentu dia lebih teruja...Hik3..
Related Posts with Thumbnails