January 31, 2011

A Magnolia Sherbet a Day Make My Family Happier

Di suatu malam yang tenang, ketika sedang carikan makanan untuk Alisya di Jusco :

Magnolia Sherbet002
Alisya : Papa,papa, kakak...
Papa : Kakak, Cantik...

Oh, Poster Aiskrim Magnolia Sherbet rupanya. Umm, boleh mencuba sebelum membeli. Boleh la try . Sayapun mencuba  semua rasa :
Magnolia Sherbet001
Semuanya nampak terliur di hati selepas mencubanya..
Papa : Alisya Nak?
Alisya : Nak, nak,nak ..Nak..
Magnolia Sherbet005
Alisya taste it, taknak lepaskan...
Magnolia Sherbet006
Bukan main suka lagi...So, as All of us pun suka termasuk mama
Magnolia Sherbet003
Kami angkat 7 mangkuk Aiskrim Magnolia Sherbet pelbagai perisa.RM2.50 semangkuk di Jusco Midvalley..

Beberapa hari selepas itu, kami take away masakan pedas. Fuhh, pedasla...Luckily :
Magnolia Sherbet008
Buka Peti Sejuk ada Aiskrim, bolehla sejukkan badan
Magnolia Sherbet009
Berpeluh-peluh, pekena Aiskrim memang syiook dan melegakan..Sedap pula tu...
Magnolia Sherbet012
Aksi Suap menyuap Bapa dan Anak...Alisya memang sukakannya

Honestly, saya memang suka Aiskrim Magnolia Sherbet. Inilah Sebabnya :

1) Rasanya yang tidak terlalu manis macam aiskrim yang lain plus Perisa buah-buahan. Memang kena dengan selera saya.
2) Alisya dan Mama pun suka. Really make our day happier and merrier.
3) Harganya boleh tahan. Mangkuknya pula tidak terlalu besar dan terlalu kecil, so bolehla habiskan in one sitting.
4) Saya gemarkan perisa Manggis. Mama pula sukakan perisa Melon. Alisya pula sukakan perisa Laici. Lepas ni boleh la tambah perisa lain ya? Durian , Nangka dan Rambutan kegemaran saya. Bolehke Magnolia?

Enough said, it met kehendak kami satu keluarga. So, senang la kalau saya keluar shopping seorang nanti. Takdela muncung mulut si Isteri belikan Aiskrim bukan citarasanya.
magnolia-sherbet1
A Magnolia Sherbet A Day Make My Family Happier
Taste good, wanna it more everyday
Our life getting happier and merrier
Try it, and it good to go during holiday
magnolia-sherbet-4
4 Perisa Magnolia Sherbet comel sekali
Laici, Melon, Oren dan Manggis kegemaran seisi keluarga sudah semesti
Cuba sekali rasa nak lagi
Cuba la try, anda pasti puas hati

Action is better than word? Bombastik word pun kalau tidak mencuba, belum tahu rasanya? Terjahi dan alami sendiri, andalah yang menjadi penilainya. Saya gembira, keluarga gembira, A Magnolia Sherbet A Day Make My Family Happier sudah semestinya.

Bestke Naik Keretapi Balik Kampung?

Kami mengambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke kampung sempena CNY tahun ini. Seminggu pulang ke kampung, both Kelantan dan Terengganu kali ini. Yerla, dah lama tak pulang ke Kelantan, rindu juga rasa di hati especially buat Isteri :
2nd time Alisya naik keretapi. First time masa umurnya tak sampai 5 bulan. Amboi, cam dah biasa pula?
Seronok tak Alisya pulang naik keretapi?

Mama dan Alisya tidur di bawah
 Harga tiket Keretapi kelas Superior malam (ADNS) seat tidur, RM53 seat bawah, seat atas RM48 dari KL Sental ke Wakaf Bharu. So far, ok la kan?

Suasana di kantin Keretapi Senandung Malam

Macam Dormla lebih kurang. Katil atas bawah untuk seat tidur. Kalau nak lagi selesa ambilla seat Cabin, 2 katil satu bilik tapi agak mahalla sedikit.
Seat tidur atas (tiket habis)

Overall, perjalanan mengambil masa lebih kurang 13 jam (lebih kurang double kalau drive sendiri). Tapi saya suka, selesa, selamat, dan bolehje tidur. Tidakla kepenatan drive dan keselamatan pun terjamin . Oh No, saya sudah cukup fobia naik Bas Ekspres pulang ke kampung, pemandunya bawa laju macam mahu berlumba saja. Better safe than sorry.

Alisya gembira

Alhamdulillah, naik keretapi Alisya seronok dan dia tak banyak kerenah. Cuma part nak tidur nya yang susah skit. ke sana kemari mahu bermain-main. Bolehla pulang ke kampung naik keretapi lagi lepas ni, dengar berita dalam perancangan keretapi ke Terengganu pula. Hopefully jadila.

Sampai ke Kampung Isteri , Wakaf Bharu kelantan

P/s : Pernah naik keretapi pulang ke kampung ? Apa pula pengalaman anda?

January 30, 2011

Pedas tapi Sedap


Pedas tapi Sedap

Cili, rasanya pedas tapi itulah penyedap selera untuk masakan/makanan. Some people love it, the hotter the better.

Oh ,rakyat malaysia sukakan Cili, kalau pergi mana-mana restoran fast food, sos cili suatu kemestian. Tanpanya rasa tak lengkap. Masa di UK dulu pun,sampaikan di Pasaraya besar pun ada Sos Cili diimport dari Malaysia. Fuhh, kuat juga pengaruh rakyat Malaysia di bumi UK ya?

No wonder, salah satu peribahasa Melayu yang menarik ' Siapa Makan Cili dia Rasa Pedasnya" Nyam2, dah makan dan terasa pedasnya, namun Pedas tapi Sedap.

It is also true in life. Not everyone will like u. . Kutukan dan sindiran is part of life. Take it on positive note, we are not a perfect human being. For myself, yang buruk itu sudah semestinya datangnya dari diri sendiri. Salah silap harap maafi, sepuluh jari memohon kemaafan sudah semesti.

Oh, Pedas tapi Sedap. Balik terengganu nanti nak suruh mak masakkan Ayam bercili la. Sedap, masakan ibu sudah semesti terbaik kan?

P/s : That's Spice of Life. Manis,Masam, Pedas, Masin will make ur life Stronger and better, tak gitu?

Keputusan Pilihan Raya Kecil Tenang ke-14|BN Menang

Pilihan Raya kecil Tenang muncul di awal tahun 2011 ni. Wah, begitu berliku dunia politik kini, banyak pilihanraya kecil diadakan. Pandangan saya mengikuti perkembangan politik semasa, inilah ramalan saya berkenaan Keputusan Pilihan Raya Kecil Tenang ke-14 , keputusannya yang hanya akan diketahui petang or malam 30 January 2011 :


BN Menang Pilihan Raya Kecil Tenang Ke-14 2011 (Credit picture HERE)

Kubu BN di Johor terlalu kuat untuk diruntuhkan ditambah pula dengan perkembangan kurang memberansangkan dari parti politik pembangkang + pengaruh media . Oh, saya tak sokong mana-mana parti dan I will stick to it.

For me, pilihanraya kecil semula ini hanyalah membuang masa, wang dan tenaga. Especially sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, berjuta-juta wang dihabiskan untuk pilihanraya kecil semula ini.

Pandangan saya, why not kalau yang meninggal dunia itu dari BN/Pakatan rakyat or any party, lantik sajalah penggantinya dari BN/parti itu juga. Lainla kalau lompat parti or sudah tidak setia lagi dengan parti coz people vote for party not for that person kebiasaanya.

Sometimes wondering n tertanya-tanya :
1) Kenapa bila time pilihanraya barula semua sibuk memancing undi dan buat-buat mesra rakyat dan pelbagai janji diberikan dan cuba dikotakan?
2) Kalau before this batang hidung pun tak nampak, time pilihanraya gunung didaki,hujan direnangi, yang susah ditolongi, yang lambat dicepati dan pelbagi perkara yang susah sebelum ini disenangi.
3) Macam kata dalam satu buku Sidney Sheldon " Politic is the best con in the world" . Pelakon di arena politik lagi hebat dari yang tercalon untuk Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik.

P/s : Sediakan payung sebelum hujan, weather forecast cakap hari ini kawasan mengundi di DUN Tenang hujan. 

Apa kata anda? Bohsan tak dengan situasi politik di Malaysia ini?

January 29, 2011

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011




Tahniah buat pasukan Kelantan kerana bergelar Juara Piala Sumbangsih 2011 menewaskan Selangor 2-0.  Pertama kali Piala ini menjadi milik Kelantan . Hebat betul penangan Khairul Fahmi Che Mat dan NorShahrul Idlan Talaha.

Berada di Kelantan now dan bukan main bersemangat lagi bapa mertua, abang ipar dan anak-anak buah menonton bola. Psst, agak-agak besok Kelantan istihar cuti peristiwa tak bila menang piala sumbangsih ni? Alisya pula sudah tertidur, dia kan anak Selangor. Hik3....

P/s : Jom besok terjah Bandar Kota Bharu. Mak sekeluarga pun akan turun ke Kelantan besok.

Kekasih Baru Ayah Ngah


Ipin : Ayah Ngah, itu gambar ayah ngan dengan siapa?
Eyriqazz : Gambar ayah ngan ngan kekasih baru ayah ngah la..

Ipin : Nak kasi tau angah (panggilan buat Isteri)
Eyriqazz :kasitau la...

Ipin : Angah2, Ayah ngah ada gewe baru...
Wifey : Ayah Ngah gelenyar...

Hik2...just kidding je,saje nyakat anak buah...Oh seronoknya berada di kampung...

P/s : Isteri saya lagi cantik dari gadis di atas....Hik3..

Aksi Audition AF9

Action, Ready
Tengah Praktis Nyanyi untuk AF9
Kalau Berpacaran, Jangan tunggu Lama Lama
Masukla Meminang, ....(ehh, Lupa laa Lirik)
Amcam, lepas tak untuk audition AF9?

January 28, 2011

Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung(Connected Tots) ?

Anak adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Hidup ini lebih indah dan bermakna dengan kehadirannya. Sebagai seorang bapa/ketua keluarga , antara faktor yang perlu dititikberatkan dalam membesarkan anak-anak adalah Masa depannya. 

Sudah semestinya setiap ibu/bapa mahukan anak-anak yang sihat, cergas dan pandai. Jadi, perkembangan mental dan fizikal anak perlu dititikberatkan terutamanya dalam perkembangan otaknya(brain development) ke arah yang lebih positif. 

Terbaca satu artikel yang agak menarik yang bertajuk " Does Your Child's Brain Grow Steadily" .Antara yang menarik untuk dikongsikan di sini adalah "Anak-anak dilahirkan dengan 100 billion sel-sel otak yang menanti untuk dihubungkan. Bagi membolehkan anak-anak belajar, sel otak perlu dihubungkan terlebih dahulu.  Lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku dan lebih meningkat kemampuan kognitif atau kepintaran seseorang bayi itu. Yup, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan dari kecil inilah kita melatih/membantu perkembangan otak anak-anak supaya mereka lebih pintar dan dapat berfikir dengan lebih positif.


Adakah Beruang Kutub makan Penguin?


TV Commercial yang berbentuk pembelajaran menunjukkan Contoh "Adakah Pemikiran Si Manja Saling berHubung (Connected Tots), kisah Beruang Kutub dan Penguin. Apabila otak Si Manja berhubung, mereka lebih mudah untuk mencari jawapan dan menghubungkan sesuatu perkara.Saya terjumpa video ini apabila saya cuba mencari video di Youtube berkenaan perkembangan pemikiran anak-anak.


Berkongsi pengalaman, Alisya kini berumur 1 tahun setengah. Satu hari ketika makan di Port Dickson, kami minum air kelapa muda. Air kelapa dah habis dan dia nampak ada isi kelapa. Dari pemerhatian tindak tanduk ibu bapa,dia tahu dia kena menggunakan sudu untuk mengorek isi kelapa. Di sini pemikirannya telah berhubung. Belajar dari persekitaran especially dari tindak tanduk ibu bapa.


Bapanya seorang part time blogger s she always see me with my laptop doing my writing. We never teach her to use laptop or netbook, namun bila diberikan netbook or laptop, Alisya menekan-nekan keyboard dan seakan-akan meniru menaip.Samalah juga, dia belajar  memakaikan kasutnya, belajar mencantumkan puzzle dan belajar menggunakan permainan yang baru.  Pemikiran anak-anak akan saling berhubung apabila ianya diransang,dilatih dan diberikan pemakanan yang meransang perkembangan otaknya.

Saya banyak membaca artikel berkenaan pemakanan anak-anak, pengalaman yang diceritakan dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman, menghadiri ceramah keibubapaan, dan pelbagai lagi.


Salah satu agen nutrisi dalam pemakanan bayi yang boleh mempercepatkan hubungan antara sel adalah sesuatu yang mengandungi Gangliosida (GA).  Gangliosida terdapat dengan banyaknya di dalam susu ibu, oleh itu secara amnya, anak-anak yang diberi minum susu ibu dikatakan membesar dengan lebih bijak . Selain dari itu, Gangliosida juga terdapat pada Susu Lembu.


Pemikiran Si Manja/Bayi yang saling berhubung adalah penting dalam pembelajaran yang lebih cepat. Justeru itu selain daripada menjaga emosinya, pemakanannya perlu dititikberatkan nya. Hey, We Are What We Eat rite?

Pemikiran Bayi yang saling berhubung bukan setakat "Smart Kid" tetapi Si Manja yang boleh dan mengaplikasikan apa yang dipelajari ke situasi yang sebenar. Action is Better than word, itulah sebaiknya. Mengajar anak-anak untuk bukannya menjadi Ulat Buku tetapi seorang anak yang boleh berdikari dan bijak berfikir dalam situasi yang memerlukan " Thinking Outside the Box" .


Tepuk dada, tanya selera. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai seorang ibu/bapa , kitalah yang bakal mencorakkan masa depannya. Perlengkapkan diri dan pelajari untuk masa depan anak-anak yang lebih cemerlang. 

Pemikiran Si Manja Saling berhubung itulah sebaiknya
Pemakanan dititikberatkan, meransang pembelajaran si Manja
Gangliosida , saya belajar dan baru tahu juga
Bagaimana pula dengan anda?

P/s : Pentingke Pemakanan anak dijaga dan diberikan Nutrien yang terbaik dalam membesarkan anak-anak? Apa kata anda?

I Love Sidney Sheldon, Jeffrey Archer and Robert Koyisaki


Kalau Isteri Peminat Novel Cinta, eyriqazz pula penggemar novel dari Sidney Sheldon dan Jeffrey Archer. First time baca novel ini masa di kolej time buat A Level, tengok rakan begitu kusyuk membaca . Mencuba sekali, terus jatuh cinta dan hampir kesemua koleksi Jeffrey Archer dan Sidney Sheldon saya baca. Jalan ceritanya yang menarik dan membuatkan berfikir dan mengkagumkan. A must read novel bagi penggemar novel .

Robert Koyisaki pun saya minat juga. Bukunya mostly on finance tips. Paling saya suka yang bertajuk "Rich Dad, Poor Dad" and i am learning a lot darinya. Inspirasi dari buku itulah yang kami kini membeli 2 buah rumah kediaman, make side income money from blogging serta sedang berusaha untuk keluar dari "Rat Race". Semoga berjaya, wish me luck.

Men are from Mars and Women are from Venus? Hik3, beli buku tu time lepas kahwin. Seorang suami perlu la tahu juga pasal sifat-sifat wanita dan memahami mereka kan? Barulah mudah untuk mengatasi konflik dan supaya rumahtangga lebih bahagia.

P/s : Apa pula buku/novel kegemaran anda? Rekomenlah kat eyriqazz, mungkin terdetik hati untuk membelinya nanti.

Restoran Kampong BBQ dan Stimbot Buffet,Centrum Setiawangsa

Last year punya cerita, temankan Isteri sempena jamuan akhir tahun salah satu kelas yang diajarnya di :

Restoran Kampung BBQ dan Stimbot Bufet, Centrum Setiawangsa
Pilihan seafood untuk dipilih
Pelajar sibuk menjamu selera
Stimboat dan BBQ, pilih saja
Alisya sukakan nugget. Hik3..
I Love this Inisiatif. Membazir kena denda. Patut most restaurant buat camni
Harga Makanan/Set Buffet

Overall ,pandangan peribadi saya, just nice dan okla . Tak banyak pilihan sangat tidak  seperti di Flaming Steamboat Bufet, Danau Kota. Senior citizen dapat 25%. Feedback saya, pelbagaikan lagi hidangan seafood yang ada serta mutu/rasa sup nya juga. Apapun, lain padang lain belalang, tak gitu? . In term of harga, boleh tahan juga. Tidak begitu mahal dan standard harga untuk set buffet steamboat.

P/s : Dah lama tak pekena Stimbot, jom pi pekena stimbot, Je Jai mahu belanja, dia dapat offer berlakon watak Je Jai dalam filem terbaru MIG yang bertajuk "Cinta 7 Segi" . Hik3...

Saya Bukan Nak Tolong Saya Cuma Ah Long


Promosi Ah Long

Saya bukan Nak Tolong, Saya Cuma Ah Long. Banyak betul sekarang ni poster camni. Ditampal merata-rata, merosakkan pemandangan dan alam sekitar. Umm,sekali tengok macam genuine je. 2 kali tengok , confirm ini pinjaman Ah Long. Mana ada bank/institusi kewangan offer pinjaman peribadi 2.99% setahun? Pulak tu blacklist pun boleh apply? Ape ke hal?WTFISh..

Apapun, desperate people will still apply for it. Dulu pernah kerja recovery. Kes mereka borrow ah long. Reasonnya susah nak dapat pinjaman di luar especially kalau yang kerja swasta or sendiri. Yes,. i know what i feel. Bank pun agak ketat dalam pinjaman peribadi mereka. Kalau gomen senang, ada biro angkasa n potongan gaji etc. Interest pun rendah.

Umm, I think goverment should do something on this. Seakan-akan nampak mengambil sikap sambalewa dengan Ah Long semakin berleluasa. Keluar berita panas sekejap, pastu sejuk balik. Macam Hangat-hangat tahi ayam saja. Apa pula kata anda dalam isu Ah Long ini?

P/s : Oh, rindu iklan Saya bukan Ah Long, saya cuma nak tolong. 

January 27, 2011

Rezeki Blogging|Experience Tune Talk Mobile Prepaid


Alhamdulillah, rezeki berblogging. Terpilih sebagai salah seorang dari 50 Nuffnangers untuk Experience Tune Talk Mobile Prepaid . Dapat RM100 Credit and I will be rewarded. Umm,apalah rewardnya ya? Kalau dapat tiket Air Asia pun best juga ni. Anyway, thanks Nuffnang and Tune Talk for selecting me .

Never give up in blogging or Contest. You will never know what is the outcome/result. Tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia siapa yang tahu.. By the way, feel free to Join Contest|Sponsored Post by Eyriqazz

P/s : Still jeles dengan Je Jai and the gang dapat join Majlis Anjuran MIG jumpa artis-artis popular . Nah, that's life, you will never get everything u want in your life. Just do your best and wish for the best. 

Isteriku Peminat Novel Cinta


Isteriku Peminat Novel Cinta

Umm, memang hantu Novel Cinta betul la wife eyriqazz ni. Macam-macam novel cinta yang dibelinya. Koleksi yang ini dibeli tahun 2009 rasanya namun hanya satu yang baru dibaca (tak sempat habiskan separuh pun). Alahai, itulah namanya seorang Isteri, Ibu, dan Guru. Ingat senang ke nak jadi Isteri? Ingat senang ke Jadi Ibu? Ingat senangke jadi Guru? Guru, nampak senang, kat sekolah pun kerja, balik rumah pun masih bekerja (semak markah, siapkan butiran mengajar n etc)

Oh, no wonder I Love my wife so much. Dia pandai main ayat-ayat cinta. Ewah, bodek-bodek sempena Malam jumaat. Hak3...Umm, perasan juga, ramai pompuan suka layan Novel Cinta. Kenapa ya?

P/s : Agak-agak kalau eyriqazz jadikan Noveltu hadiah Contest/Give Away , isteri marahtak? Dah 2 tahun lebih dia tak usik tu. Entah-entah, sempat Alisya baca dulu nanti before mama dia habiskan membacanya.


***No women No Cry, betulke? Nah, straight man, no women u cry in ur heart laa.Oh, I can't imagine my life without my beloved Wife...

Gaya Tidur Seorang Puteri


Amboi2, Puteri Papa, Siap Silang kaki lagi.Tiru aksi Mama ya? Hik3...

Anak tidur,antara part yang cukup menyeronokkan bagi seorang Bapa. Sejuk mata memandang dan menenangkan. Skangni Alisya tidur malam-malam pun bukan main aktif lagi, pusing sana,pusing sini.

Sekarang ni suka sangat tengok kartun, Tom Tom Bak dan Upin dan Ipin. Semakin mereka membesar, semakin menyeronokkan, kan?

P/s :Anak adalah Anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Hargai dan didikla mereka sebaik-baiknya.

Income Nuffnang RM0.00?

Income Nuffnang RM0.00?

Aiseh, kenapa Income Nuffnang eyriqazz RM0.00 jer ni? . Baruje ingat nak kumpul-kumpul n jadi Jutawan Blogger cam Redmummy. Huk3, kemana ianya menghilang? Dahla nak balik kampung minggu ni.Hik3, Lupa la pula, baru je tekan button Cash Out.

Gembira, Income bersama Nuffnang selama ini tidak pernah mengecewakan

Since joining Nuffnang almost 1 tahun 4 bulan, every month I manage to cash out except for one month. I'm happy with it, earning motivate me untuk teruskan menulis. Tentukan niat,matlamat dan usaha, InsyaAllah berhasil. No pain, no gain kan?

If u r thinking too much about money, u will be frustrated. Itulah yang terjadi pada saya masa mula-mula berblogging dulu. But when u put your passion in it, the money will come to you. Tak salah sambil menyelam, sambil minum air tapi kenalah kena dengan caranya. Saya rasa anda faham maksud saya.

Anyway, Sharing is Caring. Jangan lupa join Contest|Sponsored Post dari Eyriqazz . Plus mood happy nak pulang ke kampung weekend ini, 4 X 5 GTO Pointz turut ditawarkan untuk komen terbaik di entry INI

Kalau Padi Katakan Padi
Tidak saya tertampi-tampi
Berblogging ini kalau kena caranya akan menjadi
Teruskan usaha, InsyaAllah tercapai yang dihajati

January 26, 2011

Contest|Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Salam dari Eyriqazz,

Alhamdulillah, murah rezeki berblogging bulan ini . Received a few Advertorial Jobs dari Nuffnang di awal tahun 2011 ini . Thanks Nuffnang. Sharing is Caring, so saya ingin kongsikan rezeki ini buat pembaca semua. Small Contest kali ini diberi tajuk :

Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Yes, I am looking for bloggers untuk buat Sponsored Post for me (my own Sponsored Post dari poket saya sendiri)  . Saya akan cuba kasi job kepada anda dan butiran akan diberikan kepada pemenang nanti untuk menulis satu post yang  tajuknya akan dipilih oleh eyriqazz sendiri.

 Maybe review blog seseorang , pandangan anda tentang sesuatu isu,review produk or anything yang terlintas di hati . But before i give my Sponsored Post i want to see ur writing style,creativity and  etc. Tips : Ini antara yang Nuffnang/Advertiser tengok juga sebelum memberikan Advertorial Jobs to anyone, trafik itu penting tapi cara penulisan pun penting juga.

So, inilah syarat-syaratnya :

1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.
2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini. 
3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari,  i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.
4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.
5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011

Contest ini dibuat bagi menghargai pembaca blog ini dan memberikan peluang kepada pembaca untuk "feel the experience menulis Advertorial/Sponsored Post". Who know maybe one day it will be ur turn dpt Advertorial pula? . Sharing is Caring, apa salahnya rezeki yang dapat dikongsi-kongsi kan? 

Senarai Peserta


























Bold - telah terpilih dan entry telahpun dipublishkan di blog masing-masing/eyriqazz . So, at least 8 lagi akan terpilih.

Burger King Black Pepper Grilled Chicken|It Just Tastes Better


48 Hours Sponsored Post. Scroll Down for latest entry.


Minggu lepas , kami singgah dinner di Burger King, One Utama. Teruja bila lihat Promosi terbaru  Burger King Black Pepper Grilled Chicken sempena Chinese New Year yang semakin hampir ini. Semestinya :
Black Pepper Grilled Chicken Menjadi Pilihan Saya

Antara sebab saya memilihnya adalah Ingredient utamanya adalah Kepingan Ayam Panggang yang lembut dan lada hitam yang memang menjadi kegemaran saya. Especially lada hitam, love it. Selain itu, roti dan salad yang lembut serta 'juicy tomatoes" menyedapkan rasanya. Nahh, Action is better than word :

I Want Something Real & Juicy and this is it.Taste it, Like It and I want More of It..

Ngap, dengan hanya beberapa kali gigit

Saya sukakan rasanya yang tidak begitu berlemak, Black Pepper Saucenya yang tidak terlalu pedas, just nice and menyelerakan. 


My Wife Pun Like It


Alisya Pun Nak? Umm, Nanti Alisya besar Papa belikan ya? 

Feedback isteri, dia pun sukakannya, tidak begitu berlemak(tengah diet) dan rasanya lain dari yang lain. It Just Tastes Better , itulah katanya.


Saya Order Set Large dan Percuma Free Sundae dengan Set Large. Air pun boleh refill. Untungkan?

Of Course, for my wife and Alisya

Bukan Main Suka Lagi Alisya dengan Sundae nya, habis

Yieza, memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga, semua dapat merasa keseronokannya. Oh ya, Selain dari Black Pepper Grilled Chicken , Burger King turut menawarkan :


Mushroom Grilled Chicken and BBQ Beefacon Grilled Chicken

Umm, lepas ni kena terjah dan cuba yang lagi 2 ni. Pandangan saya, for those who Want something Real & Juicy, this is the place for you. More informasi pasal Burger King Grilled Chicken ini, bolehla terjah di SINI. Oh ya,tahukan anda bahawa Burger King adalah satu-satunya Quick Service Restaurant (QSR) yang menyediakan burger yang dipanggang dengan api (flame-grilled burgers) . Sudah pasti, ianya an added point for those yang menggemari dengan gaya masakan sebegini.


Black Pepper Grilled Chicken saya cuba dan puas hati
It just tastes better sudah semesti
Jom terjah, mencuba Burger Grilled Chicken ini
Sekali cuba, rasa nak lagi
Related Posts with Thumbnails