2 minggu lepas, sempatlah bercuti di Pulau Pinang dan menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Inilah pengalaman eyriqazz menginap di sini :
Sampai sudah agak malam, lebih kurang pukul 9.00 malam. First impression, nice , bawah ada 7 Eleven. Senangla kalau nak beli air mineral etc. Kemudahan parking di Tune Hotel agak terhad, jadi kalau parking penuh kenala parking di kawasan sekitar.
Double Room - Katil Double-
Agak nice biliknya, nampak selesa dan ekslusif walaupun ruang agak sempit di kiri dan kanan. Untuk saya ,Isteri dan anak-anak rasanya OK. Bilik mandinya pun selesa yang dilengkapi dengan shower. Bilik pun dilengkapi dengan kipas. Kalau mahukan Aircond, harga bayar lain.
Bukan Main gembira lagi ALisya dapat bercuti
Guna Access Card. Amik aircond 24 jam. Setiap kali dia off or kita keluar, ianya tidak dikira. Kalau bercuti 2 malam, rasanya 12-24 jam aircond dah cukup. Taknak aircond pun, dah ada kipas siling
Sayang Azim...
Dari bilik Hotel
Comelje bekas towel nya
Harga Add On..Boleh ambil masa booking or ketika dah sampai di hotel
I.e. Aircond 12 jam RM14, tuala RM6, wifi RM12 24 jam, check out lewat tambah RM15
Waktu check in after 2pm dan check out 11am. Haritu saya add on Wifi. Yang lain sudah disponsor sepenuhnya oleh Tune Hotel , 3 hari 2 malam. Jadi blogger mana boleh berenggang dengan Internet kan?
Di Lobi.. Internet disediakan. Percuma 1/2 jam tak silap utk setiap bilik
Staffnya pun agak mesra pelanggan
Gambar diambil di waktu siang, Tune hotel Downtown Penang
Untung kalau parking di Tune Hotel, first come first serve, Rm5 je sehari
Kalau penuh, pandai-pandaila park tempat lain. Harga lebih mahal
5 Star Sleeping Experience at 1 Star Price.. Betulke?
Overall, pengalaman saya di Tune Hotel Downtown Penang tidak mengecewakan. Saya berpuas hati dengan bilik yang disediakan, suasana di dalam bilik, lokasi yang strategik, dan harga yang berpatutan. Saya survey webnya nampak harga agak menarik, kurang RM100 semalam tanpa add on. No wonder ramai pelancong asing menginap di sini semasa saya bercuti di sini.
Wifey pun cakap ok. Bilik of course di maximize kan ruangnya. Memang sesuai untuk keluarga yang tak ramai anak cam saya. Kalau ramai, boleh ambil 2 bilik yang bersebelahan. Apapun, ini cadangan saya to make the Stay more enjoyable at Tune Hotel :
1) Disediakan Laundry beg . Yang plastik cam biasa hotel providekan. Senang nak simpan baju kotor. Selalu, memang terlupa bawa beg extra.
2) Kemudahan Wifi - Rasanya wifi di Tune hotel Downtown Pulau Penang agak perlahan sedikit. Agak slow bila nak update blog dan selalu disconnect. Just average rasanya in term of speed. Internet is a must nowadays...
3) Satu tempat air sejuk/panas di setiap tingkat. Jadi tak perlula kami turun ambil air di 7 eleven kalau nak buat susu anak-anak.
4) Sediakan satu bilik untuk seterika baju. Jadi tak perlula nak bayar deposit nak pinjam seterika dan menunggu lama menanti ianya dipulangkan.
5) Point System - The more we stay, the more we get the point. It will create a sense of loyalty too...
Itu je kot. Overall, memang puas hati menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Once again, thanks Tune Hotel for sponsoring penginapan kami di sini.. Lebih lanjut pasal Hotel ini, bolehla singgahi SINI