March 31, 2010

Malek Noor Bergelar Datuk | Atukku Bergelar Moyang

Wah, wah, baca Kosmo Online Hari ini  :
Malek Noor Bergelar Datuk

Inilah yang ditulis disana, copy and pasteje :

PEKAN - Bekas juara bina badan Asia, Malek Noor semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober lepas.

Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohd. Noor merupakan antara 57 penerima DIMP dalam istiadat yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Wah, makin ramai artis dapat title datuk ya?Mudah ke nak dapat ni?  Bila pula giliran ku ? Dah ada anak ni, tak sabar pulak nak menimang cucu. Hak3, Datuk jugak kan? Ehh, ke Atok tu? Yerla, terasa tua juga. Eny pun dah panggil aku Pakcik. Eh kenapa makin ke laut aku nih. Hak3.

Ehh,amcam rombongan ke laut kita ? Ada sesiapa nak join tak ? Melz dah ke Laut dan dah sampai Johor. Aku ni baru sampai Kampung Baru. Boleh kita memukat ikan dan tangkap ikan ini :

Jom, Ada Berani ?

Pantun Ke Laut Malam ni :

Mari Ke Laut tenangkan fikiran
Laut membiru menjadi Idaman
Aku mahu aku tertawan
Oh Laut, Oh Dyesebel buat aku tertidur kepenatan

P/s :Atok ku dah lama dapat title Datuk.Sekarang dah ada title Moyang.Susah nak dapat tu.Ada sesetengah orang, title atok pun tak sempat.

P/s/s :Anda teringin ke nak dapat title Datuk? Saya taknak, bagi percuma pun saya tolak kot...Hak3...

Kaulah Inspirasiku

Bila mood ke laut sudah pulih dan Alisya sihat, saya akan teruskan usaha dengan lebih gigih dan bersemangat . Inilah sumber inspirasi baruku :

Kaulah Inspirasiku

Respek dan kagum dengan prestasi mu kerana :

1) Dengan blogspot sahaja anda mampu mencecah 5,000+ visitors sehari. Auramu sehebat Hanis Zalikha gitu.

2) Walaupun usiamu kurang 25 tahun , anda sudah mampu memperolehi 4 Angka Income dengan blogging.

3) Anda begitu berani dan tidak malu untuk mengatakan " I Blog For Money" .Ramai orang di luar sana tak berani untuk mengatakan dan mengaku sebegitu .

4) Anda mampu ada 3-5 blog dengan bermacam Advertiser dalam genggamanmu namun masih mampu updatekannya. Saya ada satupun sudah tercungap-cungat dan hampir dihanyutkan ke laut dek gara-gara Dyesebel.

5)
Nukilan dan gaya tulisanmu betul-betul menusuk kalbu
Aku cemburu aku masih belum mampu
Apakah rahsiamu
Ingin juga kutahu

Itu saja, kaulah Inspirasi baruku. Kongsi-kongsila pengalaman lagi ya?

P/s :Agak-agak, siapa yang aku maksudkan ini?

P/s/s : Yey, entryku on "Extra Time - Telling Your Football Story"  ‏Contest telahpun dialihbahasakan (malas nak translate sendiri) . Bolehla tengok di sini :
http://extratime.posterous.com/i-the-football
(Macam Cool pula bila di translatekan oleh translator)

Jom Join Ke Laut

Akupun sudah terkena jangkitan. Jangkitan Melz. Sila rujuk entry ini.Maaf-Maaf itu Jer kau Tau kan ?. Siapa yang mahu join sekali :

Jom Santai Ke Laut

Tiba-tiba terasa malas nak update entry. Jangkitan Melz sudah terjah ke sini. Siapa yang ada ubat, silalah kasi. Namun aku tetap heppi. Laut pun tempat menarik untuk disinggahi. Laut pun terasa kurang sepi. Jadi, siapa mahu join ke Laut ,mungkin ini aktiviti yang boleh kita nikmati. Sekali-sekali best kan Ke Laut ini.

Mencandat Sotong
Bersama Dyesebel si Duyung yang Cantik Jelita
Juga Mandi Laut bersama Fahrin Ahmad 
Bersnorkelling Pun Best Juga

Siapa yang mahu turut serta? Jom Join Sekali. Santai.

P/s : Rindu nak tangkap ketam kat laut. Rindu nak mandi air laut. Rindu deruan ombak laut. Ahh, aku  mahu ke Pulau Redang menikmati pemandangan laut yang memukau.Tidak pernah singgah lagi ke sana.

P/s : Tengah takde mood. Alisya Demam. Sedih. Doa-doakan dia cepat sembuh.

March 30, 2010

Ada Apa dengan Fanpage Facebook Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Orang letak Follower widget, aku pun nak letak, orang letak My BlogLog widget, aku pun nak letak, Melz letak Fanpage Facebook, aku pun nak letak juga. Kadang-kadang tertanya diri sendiri apa fungsi semua ni ya?

Follower ni bolehla terima, at least kita tahu berapa ramai yang follow blog kita. Tapi, betul ke follow? Hik3, tepuk dada tanya selera. My BlogLog, sampai sekarang aku tak berapa arif lagi, apa sebenarnya fungsinya . Ada sesiapa boleh tolong terangkan?Terbaru, yang aku sibuk gatal tangan nak letak iaitu :




Namun,saya rasa ada potensi dengan widget ini. Rasanya dengan fanpage facebook ini lebih mudahla untuk berinteraksi dengan pembaca blog. Saya tidak merasakan ianya fan/peminat kerana saya bukannya artis, namun saya rasakan ianya adalah rakan bloggers/pembaca setia. Ada banyak perancangan saya untuk Fanpage Facebook ini antaranya terjah mereka juga (belum berkesempatan lagi), Contest , berkongsi pendapat dan soal jawab bersama saya, dan lain lagi.

Sekarang ini, buat masa terdekat, inilah perancangan saya. Idea ini muncul bila baca entry-entry di bawah ini :


Komen saya di entry mereka dipandang dari sudut positif, dan tahniah di atas pembaharuan yang dibuat. Jadi, di sini inilah yang eyriqazz rancangkan untuk fan Facebook Eyriqazz (bagi sesiapa yang berminat) :

1) Eyriqazz akan terjah di blog anda. Nak terjah  di blog ini, blom sempat lagi.Ada yang terhutang pun blom bayar lagi.

2)Tinggalkan komen di wall Fanpage Eyriqazz beserta dengan link blog anda dan tinggalkan pesan seperti "Sila Komen Pasal Blog Saya", "Sila Komen yang Positif Sahaja pasal blog saya", "Sila Komen dan Kutuk Pasal Blog Saya" ataupun apa-apa yang anda mahu saya komen .Jadi, tidaklah saya cross the line kalau mengutuk nanti.

3)Antara yang eyriqazz komen dan perhatikan adalah font, word verification, cara penulisan, potensi blog dan sebagainya.

4)Bila ada kelapangan , eyriqazz akan singgah di blog anda dan kasi komen pasal blog anda . Nak terima atau tak, terpulangla kan?Pandangan peribadi saya ni tak semestinya betul kan?

Psst,psst, saya buat sebegini bagi membantu dan memberi pandangan kepada Fan/rakan/pembaca blog saya. Apa salahnya memberikan feedback untuk membantu memperbaiki mutu blog kan? Apa pun, ini tidak bermakna blog anda tidak akan diterjah.Sekiranya anda terkena, terjah tetap terjah.

P/s : Jadi, apa tunggu lagi?Saya akan gunakan sistem FIFO (first in , first out) jadi, barulah adilkan?

P/s/s : Apa pandangan anda?Ok ke perancangan saya ini?

Gelagat Alisya


Nurul Alisya Ilyani nama diberi
Puteri Kesayangan kami sudahla pasti
Keletahnya mencuit hati
Penyeri hidup suami isteri

Entry  Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu dirujuk . Jadi, melalui komen, entry ini yang dipilih. Selepas ini, terjah. Siapakah yang bakal diterjah? Tunggu. Berbalik semula kepada Puteriku , Alisya :

Usaha tangga Kejayaan

Yey, jumpa juga
Mama, stokin Alisya ni Mama dah basuh blom?
Busyuknya Bau Stokin Papa!!
Jeli ni Auntie Sumijelly yang kasi
Terima kasih Auntie Sumi Alisya suka
Kenapa rasa tawar je ni?
Comel tak Alisya senyum?
Senyuman Alisya Penyeri keluarga
Penat bekerja terasa lega
Aku terhibur hati gembira
 Alhamdulillah, Anugerah Tuhan tidak terhingga
Alisya Sudah Penat, Alisya tidur dulu ya
Jumpa lagi di lain masa

P/s :Seronok kan ada anak ? Dunia ini terasa begitu lengkap dan sempurna. Tidak lupa, kelahiran anak, dimurahkan rezeki, Alhamdulillah, hidup semakin selesa.

P/s/s : Siapa yang belum kahwin dan dah sampai tahap sepatutnya, cepat-cepatlah kahwin. Kahwin itu seronok. Anak itu penyejuk dan penyeri jiwa raga. Good Luck!!

P/s/s/s : Papa nak belanja Alisya shopping weekend nanti kerana "Papa Nuffnang cheque is on the way!". Siapa nak join sekaki?

March 29, 2010

Trafik Konsisten Pertama Kali

Salam dari eyriqazz. Minggu lepas, saya bereksperimentasi dengan blog saya sendiri. Saya kurangkan berblogwalking dan cuba letak entry yang lebih pelbagai bagi melihat potensi entry. Hasilnya, inilah yang berlaku :

Trafik Konsisten Pertama Kali

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun perasan hebat. Lagipun, seperti anda tengok sendiri, mana hebatnya pun kan? Trafik harian pun kurang 550 unique sehari. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman peribadi, mungkin boleh membantu dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu melihatnya dari sudut yang positif. Saya pun masih baru disini, jadi marilah sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman.

Minggu lepas eksperimen yang saya lakukan adalah :

1) Saya kurangkan berblogwalking . Saya cuba untuk melihat dan menilai potensi blog saya ini tanpa blogwalking . Saya mahu lihat berapa loyal reader tanpa blogwalking seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

2)Entry yang pelbagai dan entry mencuba. Di sini saya dapat lihat di mana entry yang berpotensi untuk dikembangkan dan entry yang kurang diminati. Jadi, mudahlah untuk saya perbaiki mutu penulisan di kemudian hari.

3) Menulis sekurangnya 2 entry sehari. Ada perubahan di sini.

Jadi, tips yang saya ingin kongsi melalui pengalaman peribadi di sini adalah :

Blogging Tips

1) Pelbagaikan entry dan cubalah bereksperimen dengan entry anda. Lihat entry macam mana yang digemari dan kurang digemari. Gunakan Nuffnang Analytics dan juga Analytics yang lain untuk menilai potensi seperti Google Analytics, dan GetClicky Analytics.

2)Lebihkan entry di hujung minggu. Mungkin ramai yang cakap hujung minggu susah nak dapat hits kan?Inilah pertama kali hujung minggu saya hits berjaya menyaingi hits di hari biasa. Kenapa ye? Pandangan saya, hujung minggu tak ramai yang update blog jadi anda sudah ada kelebihan di sini. Blog anda lebih terserlah dan mudah untuk di terjah. Hujung minggu pun, mesti ada juga yang lepak di depan komputer kan?

3) Konsistensi dan jangan mudah mengalah. Biarlah anda dengan cara anda tersendiri dan perbaiki kelemahan diri.

4) Bermain dengan SEO (Search Engine Optimization ). Sayapun kurang arif dengan SEO ni namun saya sedang mencuba. Alhamdulillah, sekarang ni sudah nampak perubahan. Walaupun kata orang, blogspot agak susah untuk bermain dengan SEO, itu bukannya penghalang. Banyak tips dari Melromeo telah membantu saya dalam permainan SEO ini.

P/s : Apa pula pandangan anda? Mana yang anda suka, trafik konsisten ataupun trafik naik turun seperti yo-yo?

P/s/s : Ada sesiapa mahu menambah? Berkongsi tidak akan mengurangkan ilmu yang kita ada. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita perbetulkan niat.InsyaAllah, niat yang baik , akan baiklah balasannya.

P/s/s/s : Blogwalking seperti biasa akan diteruskan kembali.Blogwalking pun salah satu promosi berkesan untuk blog jika kena dengan caranya.

Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu...

 Salam dari eyriqazz.Bertanya pendapat. Dalam gambar di bawah ni, which one yang anda prefer? Tak tau nak buat entry mana dulu + mood tengah swing skit .Hak3, mood rindukan kampung halaman. Inilah dia pilihan bermain di fikiran (yang ada gambar)  :

Jalan-Jalan Di Zoo Negara
Pengalaman Pertama Bersama Yun Nam Hair Care
Contest Tulis & Menang Ariff Shah
Ikan Celup Tepung Batu Buruk
Laksa Terengganu
Terjah Mr X
Gelagat Alisya

Itu je. Apa salahnya tanya pembaca kan? Yup, it's my blog, tapi anda yang baca. Saya cuba sesuaikan dengan cara saya dan cara anda juga.It's a win-win situation kan?

P/s : Yang mana satu pilihan anda? Pilih-pilihla ya.

March 28, 2010

Happy Birthday Melromeo

Salam dari eyriqazz. Walaupun agak terlambat rasanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :

Happy Birthday Melromeo

Siapa Melromeo ni ?Rasanya tak perlulah saya bercerita pasal dia lagi. Namun, bagi sesiapa yang rasanya kurang kenal dengan bloggers yang cukup popular ini terutamanya di kalangan bloggers baru dan tengah meningkat naik, bolehla refer kepada entry ini :

Ataupun, bolehla singgah di blognya : Melromeo

Selamat Hari Lahir Melz yang ke 20-an. Agak-agak berapa ya?Aku rasa, mungkin 23-25 kot. Hak3, main teka jer Melz. Jadi di kesempatan ini, eyriqazz wishkan Melz :

1) Semoga panjang umur, murah rezeki, senyum dan ceria selalu.

2)Semoga Melz terus success di dunia blog dan terus menjadi inspirasi buat bloggers-bloggers yang lain termasukla saya.

3)Semoga Melz berjaya memikat gadis pilihan Melz itu. Siapa ye? Adakah Cik Epal, Miss Lolly, Rina Salleh, Ajwin Ajeera, ataupun Lisa Surihani? Yangtu ,korang kenalah tanya Melz sendiri.Dah nama pun Romeo, mestilah ramai peminat. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput saya ye?

Adakah Cik Epal yang akan menjadi Pilihan Melz?

Tak lupa juga, di kesempatan ini Eyriqazz ingin mengucapkan terima kasih buat Melz :

1)Membantu memperbaiki mutu blog ini. Sebelum mengenali Melz, nak cecah 200 sehari pun payah. Sekarangni, terus-terang walaupun takdelah banyak, at least 300 sehari memang tiada masalah. Terima Kasih Melz, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

2)Buat header blog saya dan menolong dalam pembikinan blog hosting dan domain baru saya . Hak3, lambat lagi kot , sekarang masih belajar ngan Melz. Saya tidak mahu tergesa-gesa, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Biarlah saya dengan rentak sendiri.

3)Menjemput saya menjadi penulis jemputan di InfoKami . Terima Kasih. Cuma, masih tercari-cari apa yang boleh dikongsi disana kerana saya ni menulis pun rojak punya entry.Ikutkan apa yang terasa di hati.

4)Dan banyak lagi yang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata dan perkataan.

Tidak lengkap kalau tidak berpantun buat Melz :

Selamat Hari Lahir buat Melromeo pujaan ramai
Orangnya hensem tinggi lampai
Perangai cool dan santai
Banyak ilmu dikongsi sungguhlah pandai

Melromeo , penulisanmu menjadi inspirasi bloggers di luar sana
Tidak lokek ilmu dan mudah mesra
Sekali singgah terus tergoda
Ilmu apa yang Melz pakai ajarlah saya juga.

Last but not least, terimakasih buat Melz.Teruskan usaha dan saya akan terus menyokongmu. Andalah blogger yang telah banyak mengubah dan membantu blogger-blogger lain di luar sana.

P/s : Anda sudah wishkan buat Melz?

P/s/s : Apa pula pandangan anda pasal Melromeo? Bagi saya, kalau tak singgah sehari blognya walaupun tidak mengomen, rasanya macam lain macam saja hari itu. Ilmu guna-guna blog apa yang Melz pakai ye? Hik3,gurau je Melz....

P/s/s/s :Agak-agak, siapa gadis pilihan Melromeo ya?

Ni Great Teacher Onizuka...atau giler terjah orang????

Akupun Sedang Di perhatikan!!

Semalam di tengah malam , sedang sibuk melayan jiwang dan baruje habis tengok drama Miah Oh Miah, buka dashboard blogspot, terima komen ini:


Nickname  Terbaru diberikan kepadaku

Hak3, terimakasih . Walaupun agak sedih sedikit, namun aku terima komen daripada dia. Lagipun, at least ,dia tak letak Anonymous ataupun mungkin dia bergurau sahaja. Kalau dia tak berguraupun, aku terima juga kerana itu pendapat dia.Jadi, sebagai penulis blog kenalah terima kan?

Tak bolehla nak harapkan orang memuji je kan tiap-tiap kali? Haahla, GTO (Giler Terjah Orang). Nickname baruni. Mungkin ayat nya pelik dan bunyinya agak negatif skit, tapi aku rasakan apa yang dia nak cakapkan, aku minat/suka terjah orang.

Apapun, saya masih ucapkan terimakasih kepada pengomen itu. Sebagai hadiah, ada masa nanti blog anda akan kuterjah juga. Hak3...

GTO, giler terjah orang status baru diberi
Aku terima dengan hati terbuka
Orang mengomen aku alukan dan ku bukakan hati
Pendapat ikhlas, terima kasih daripada saya.

P/s : Apapun, ianya tetap ku anggap respons membina dan tidak mematahkan semangatku untuk berblog. Aku tetap akan menerjah. Ada yang suka, ada yang tak suka, normal la tu kan?

Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Salam hujung minggu dari eyriqazz.Huk3, hari ini kena pergi kerja. Oh ya, eyriqazz nak perkenalkan satu gerai makan yang saya singgah lagi semalam. Tempat ni tiap-tiap bulan confirm eyriqazz singgah. Tanpa berlengah lagi , inilah nama tempatnya :

Kedai Makanan MZ DarulNaim

Gerai ni memang popular untuk masakan kelantan. Saya first time diperkenalkan kedai ni masa adikku berkursus dulu. Dia cakap rakan dia , orang kelantan yang rekomen. Malu juga, dah duduk KL bertahun-tahun tak dengar pula nama kedai ni kalau tak kerana adik aku.

Sampai-sampaije :

Aiseh, lauk dah banyak habis

Mana taknya, sampai sana dalam pukul 1.45 petang. Memang salah timingla. Kalau korang nak singgah, saya cadangkan dalam pukul 1200-100 petang.Memang elok sangatla, kalau datang awal sangat, takut lauk tak banyak masak lagi cam pernah kitorang sampai kol 1130 pagi (teruja punya pasal)

Usha-usha lauk dulu :

Ketam Masak Lemak

Nampak sedap, tapi aku ni alahan skit ketam. Tak jadi nak order.Tapi adik aku memang suka benar. Jadi, kami buat pilihan  :
Ikan Keli Percik
Kerutuk Ayam
Sayur dan Labu Masak Lemak (susah nak cari di KL ni)
Gulai Udang
Sambal Belacan

Memang menyelerakan. Sedap . Menggiurkan. Kalau mak mertua dan bapa mertua aku datang KL (orang kelantan), dia mesti ajak kami singgah sini. Memang famous Amous la di kalangan orang-orang kelantan.

Cuba teka berapa semua itu? RM50? Issh,taklah termasuk nasi 2 pinggan dan Air Sirap semuanya RM25.00. Berbaloi-baloi. Ala, kalau makan di Mcd dua orang pun, mungkin lebih dari tu kan?Itupun tak kenyang mana.

Dan hasilnya, lihatlah sendiri :

Habis Licin di makan olehku dan Isteri (hak3)

Memang ramai orang di kedai ni, berpusu-pusu orang datang. Yang bestnya, kalau makan sini, ada tempat parking khas dan ianya percuma (cam pakej pulak kan?). Jadi, tidak hairanlah :

Begitu Ramai Pelanggan berkunjung

Rasa cam berada di kampung bila makan di sini. Susunan di dalam kedai tak terasa berada di tengah bandar KL.

Oh ya, ada seorang tu tak puas hati, kerana kami makan tak ajak sekali. Siapa lagi kalau bukan:


Alisya, anak kesayanganku

Oh ya, sebelum terlupa. Inilah lokasi/alamat gerai makan tersebut :

Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur (hadapan pusat zakat KL,dekat je dengan Chow Kit)

Berbaloi-baloi. Issh, buat entry ni pun buat aku lapar je. Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak pergi makan mana lunch nanti, ini salah satu destinasi yang berbaloi dan sesuai untuk disinggahi.

Untuk lebih lanjut pasal Gerai ini, bolehlah singgah di entry ini juga ( Terimakasih Pakcik Google )


Selebihnya, boleh mengoogle lagi. Hik3.

P/s : Amcam, pernah singgah sini tak ? Apa pandangan anda pula?Sedap tak?

P/s/s : Kuih Akok dia pun sedap. Lembut dan panas lagi. Alisya memang suka sangat, wajib kami beli kalau singgah di sini.

P/s/s : Nak Lunch Mana hari ini ya? Kalau Kak Ina KL call ajak makan rumah dia , best jugak ni. Hak3,tak tau malu.

March 27, 2010

Betulke Datuk Siti Nurhaliza dah Mengandung?

Hari minggu ni ingin mencipta kelainan sedikit. Terbaca di BeautifulNara pasal entry Datuk Siti Nurhaliza Dah Mengandung? .

Masih Ayu dan Anggun Datuk Siti Nurhaliza (kredit gambar kepada Lirikami )

Sedikit info seperti ditulis di BeautifulNara (Maaf Bang Nara,copy paste tanpa kebenaran)  :

  1. Perasaan tak ada semenjak dua menjak nie kat TV3 ada selingan Nas Ahmad cuba nak menerjah Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah terjahan yang dilakukan untuk mengconfirmkan kebenaran khabar-khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza dah pun mengandung? Tapi sayangnya bro Nas Ahmad kita gagal dalam penerjahannya kali ini
  2. Kalau betullah Datuk Siti dah mengandung, jutaan tahniah kami ucapkan. Jaga kandungan elok-elok. Kurangkan aktiviti lasak. Makan kena jaga. Dan yang paling penting rehat kena cukup. Lagipun kandungan pertama nie mesti teruja. So kena hati-hati tue lebih sikit.

Fuhh, aku ni bolehla katakan minat skit-skit pasal Siti Nurhaliza ni. Hak3, artis wanita aku lebih berminat dengan Fauziah Latiff (sokong Isteri) dan juga Fara Fauzana (kurang kontroversi)

Mesti teruja, yerlah tarikh perkahwinan mereka pun dah agak lama juga. Rasanya kalau tak silap Datuk Siti Nurhaliza ni kahwin pada 21 Ogos 2006 dan majlis persandingan pada 28 Ogos 2006 (bolehla tengok info disini lebih lanjut : Siti Nurhaliza binti Tarudin )

Mesti teruja, kitorang ni pun kahwin akhir 2007 dan Isteri mengandung akhir 2008 pun orang dah ramai bertanya terutamanya keluarga terdekat. Bila nak dapat anak, Isteri dah mengandung belum? Siti Nurhaliza ni mestilah lagi teruja dan inginkan anak sendiri. Dah hampir 4 tahun mereka kahwin.

Aku rasa kalau betul Datuk Siti Nurhaliza mengandung, anak yang bakal lahir mesti comel-comel seperti di bawah ini :

Anak Perempuan
Anak Lelaki
Both Picture kredit to Pakcik Google

Ini nama yang bermain-main di fikiranku untuk anak Datuk Siti Nurhaliza (main ikut suka je nak pilih-pilihkan) :

Anak Lelaki - Khairul Syakirin ( K + S)
Anak Perempuan - Siti Khairuni ( S + K )

Ahaks-ahaks, cun tak nama tu?

P/s : Teruja bila Nas Ahmad nak terjah Datuk Siti Nurhaliza. Agak-agak berjayake terjahan itu?

P/s :Rasa-rasanya betul ke gosip tu? Saya ni tak berapa pandai bergosip, tapi bila pasal Datuk Siti Nurhaliza,ingin juga join sekaki. Hehehehe...

My Date Night

Hujung minggu yang indah. Seronoknya cuti kan? Tenang dan lapang. Ingin berkongsi pengalaman berkenaan 'My Date Night' ataupun Malam Janji Temu/Dating Saya.

Tersipu Malu dan Tersenyum Seorang Diri Ingatkan Kisah Ini

Inilah kisah Pengalaman Dating Yang Paling Saya Ingati dan tidak dapat dilupakan . Pengalaman ini berlaku semasa saya belum kahwin lagi dengan Isteri saya. Peristiwa ini berlaku di bulan puasa selepas saya baru menamatkan pelajaran dan masih mencari kerja. Saya orang Terengganu dan Isteri saya orang Kelantan.Jadi , saya kadang-kadang pergi ke Kelantan untuk bertemu Isteri dan bermalam beberapa malam di Hotel di Kelantan.

Oh ya, emak mertua saya ni memang tidak berapa sukakan 'dating-dating' ini. Jadi, pada pertemuan kali itu, ibu mertuaku menyuruh adik iparku menemani Isteriku ketika berdating. Fuhh, siap pasang bodyguard tu. Bulan puasa pula tu. Apapun, sayangkan Isteri, kuturutkan sahaja.

Jadi, sepanjang pertemuan itu adik iparku menemani kami untuk jalan-jalan di Bandar Kelantan (siap jadi personal driver) kerana masa itu aku kurang mahir lagi bawa kereta, jalan-jalan di Pasaraya, beli makanan di Bazaar Ramadhan dan berbuka puasa di Restoran.Adik iparku aku tupun menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Bila diingat-ingatkan balik, tergelak aku sorang-sorang. Namun, mujurlah adik iparku itu 'sporting' dan tidak banyak kerenah .

Di malam sebelum Isteriku pulang bersama adik iparku, sempat juga aku bergurau " Lain Kali Bawa Mama dengan Abah pula Ya" .Hik3, bergurau sahaja.

Apa pula pengalaman anda? Entry ini ditulis untuk melayakkan Nuffnang Special Screening – Date Night yang membolehkan menonton Premiere Screening secara percuma. Tengok sinopsis nya cam best, itu yang aku teruja nak tengok filem ini. Jadi, rakan-rakan Glitterati Nuffnangers, jom la join sama. Mana tau ,ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.
poster

March 26, 2010

Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu

Ketika entry ini ditulis ( Malam 25/3/10), hatiku meronta-ronta untuk mencari jalan penyelesaian selepas menerima sms itu. Cukup syahdu dan menusuk kalbu di sanubariku. Jiwa seorang manusia mana yang tidak dirobek hatinya apabila menerima sms itu.

Ini Soal Hati dan Perasaan

Inilah SMS yang kuterima itu sebelum aku pulang dari kerja. Sudahla hujan turun dengan lebatnya, semakin berdentum di jiwa ini. :

"Salam Abang, fikirkan pekerjaan atau perniagaan yang abas boleh jalankan.Contohnya macam homestay yang abang bagitahu baru ni tu. Buat la apa-apa pun yang nampak boleh pergi jauh.Abas mari fikir juga duduk dalam keadaan camni. Tiada permulaan untuk melakukan sesuatu.Abas buntu tak tahu apa yang perlu dilakukan.Fikirkanlah untuk masa depan abas. Abang sahaja harapan Abas sekarang"

Itulah sms yang kuterima daripada :

Adik Bongsuku, Abas

Tidak sangka, hebat juga adikku berkata-kata. Adik bongsuku ini umurnya 19 tahun, namun sayang Result SPM nya tidak berapa bagus dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Sekarang ini dia buat kerja kampung seperti menjadi pelayan gerai makan, ikut atok menoreh getah, dan macam-macam lagi. Yerlah, sampai bila dia mahu begitu kan?Sebagai abang sulung, aku rasa ini adalah tanggungjawabku juga. Sedih hatiku bila memikirkan kisah adikku yang seorang ini.

Selepas berbincang dengan adik perempuanku akan idea untuk adik bongsuku iaitu homestay, jual burger, dan gunting rambut, akhirnya kami memilih yang terbaik dengan minat ,kewanganku dan adikku adalah :

Membuka kedai Gunting Rambut

Adikku memang ada minat untuk mengunting rambut dan dia selalu guntingkan rambut rakan-rakan nya.Cuma masalahnya dia tidak ada kepakaran yang sepatutnya.Aku lontarkan idea ini dan inilah balasan dari adikku :

"Ok juga gitu Abang, lagi pun Abas memang minat juga gunting rambut ,tapi tak tahu dari mana nak mula.kalau boleh ,abang tolonglah research kan mana-mana kursus berkaitan gunting rambung dalam internet di Terengganu."

Jadi, disini aku ingin meminta pendapat dan bantuan korang. Sudah puas aku search internet namun tidak kutemui jawapan yang kucari.Kat mana ya boleh dapatkan kursus gunting rambut di Terengganu. Pasal bayaran tiada masalah.

Sms dihantar buatku tak keruan
Adik kesayangan dalam dilema
Jasa baik dan pandangan dari anda saya mohonkan
Terima Kasih dari saya tidak terhingga

P/s : Kadang-kadang bila kita sibuk dengan hal diri sendiri, insan terdekat pun kita boleh lupa. Mujurla adikku masih sudi hantar sms meluahkan masalahnya. Kalau anda di tempat saya , apa tindakan yang akan anda buat ye? Mana tahu saya boleh gunakan untuk membantu adik bongsu saya ini.
Related Posts with Thumbnails