October 31, 2010

Last Day | GTO Need Your Help

Last Day | GTO/EyRiqazz Need Your Help

31 Oktober 2010, hari ini adalah hari terakhir. Tak salah teruskan usaha kan? Minta tolong semua, as hari ini adalah hari terakhir untuk Vote for MySelangorStory contest. 25% Markah adalah dari undi anda, jadi I really need all ur help to vote for me.Blehla terjah entry ini untuk Vote [ Vote Eyriqazz For MySelangorStory Entry ] . InsyaAllah, kalau menang, hadiah akan dikongsi-kongsi lagi, Sharing is Caring kan?

Contest My Raya Moments pun akan berakhir hari ini. Masih belum terlambat juga untuk sertai.

Last Day Saya mencuba
Perjuangan perlu diteruskan juga
Menang kalah belakang kira
Yang terbaik, itu janji dari saya

P/s : Kalau dapat retweet n Sharekan di FB entry ini pun cool juga. Orang berbudi kita berjasa, InsyaAllah if you need my vote in the future, I will return back the favour. 

Saya Jadi Pengasuh Hari Ini


Mama ada Hi-Tea@Jamuan Akhir tahun petang ni. Tak boleh bawa suami. Jadi, saya jadi pengasuh hari ini. Hik3, takpe, Alisya good girl..tak susah nak layan kerenahnya. Dushh,baruje ingat nak update blog/review Iphone 4 petang ni..Kena la ditangguhkan dulu.

P/s : Siapa mahu antar anak-anak, meh Eyriqazz tolong jagakan...Hik3...gurauje....

Testing update blog guna iPhone 4

Testing..Dush jenuh tgn nak menaipni..so,1st impression agak tak sesuai update blog gunA iphone 4..iphone 4 ni takde pennya utk ditekanke..letih tgn..10mins this entry

October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah Buat Pasukan Kelantan kerana telah berjaya bergelar Juara Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1. Persembahan Kelantan yang agak hambar di separuh masa pertama namun bangkit di separuh masa kedua. Inilah semangat juang yang dinanti-nantikan. Hik3, kenalah sokong kelantan kerana Isteri orang Kelantan.

Akhirnya, Kelantan pulang dan buat pertama kali merangkul Kejuaraan Piala Malaysia ini. Tahniah sekali lagi.

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala MalaYsia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Baruje balik dari 2 event menarik hari ini dan juga sempat singgah di Digi Centre Berjaya Time Square. Balikje terus terjah tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan N. Sembilan. Inilah keputusan terkini/semasa dan juga komen dari saya (tonton Channel 801) :

Minit 24 : Kelantan 0-1 Negeri Sembilan (Aisehh,adakah trajedi tahun lepas bakal berulang??)


Minit 45 : Masih tidak berubah. Persembahan pemain kelantan kurang memberansangkan. Adakah sudah terkena sengatan Ikan Sembilang?


Minit 57 : Kelantan 1-1 Negeri Sembilan (Hasil tandukan Hairudin Omar yang berasal dari Terengganu, ketiadaan Aidil begitu dirasai di bahagian pertahanan N. Sembilan)


Minit 65 : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan (Jaringan Badri Radzi) . Semakin mantap persembahan Permainan Pemain Kelantan. 


Keputusan Penuh : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan.


Tahniah, Kelantan Juara Piala Malaysia 2010.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | KelantaN vs Negeri Sembilan

Apakah agaknya keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 yang bakal berlangsung malam ini diantara kelantan dan Negeri Sembilan? Saya sudah jadi separuh kelantan, dan sudah semestinya kelantan menjadi pilihan saya, Gomo kelantan Gomo dan dengan persembahan konsisten Kelantan, saya meramalkan Kelantan bakal Menjadi Juara Piala Malaysia 2010. Saya rasa ,kelantan bakal menang 2-0.

Apapun, sama-samalah kita saksikan malam nanti. Menang atau kalah, harap-harap tiadalah Insiden yang tidak diingini/stadium di bakar. Agak kurang manis melihatnya di Perlawanan Akhir Piala Malaysia .

P/s :Apa pula kata anda? Rasanya siapa yang bakal memenangi Perlawanan Akhir ini?

Iphone 4 Menjadi Milikku

Gembira, Gembira, IPhone 4 menjadi Milikku

Hik3, walaupun hanya dapat menjadi milikku buat dua minggu sempena terpilih menjadi salah seorang yang bakal review Iphone 4 di Event Digi Angels Internet Gathering terasa keterujaan juga. Yerlah, first time merasa SmartPhone. So, my review nanti, review dari seorang Newbie tentang Iphone4 ini...Akan diupdatekan later..

Thanks Digi dan Nuffnang for Inviting Me..X Sabar-sabar nak mencuba Iphone 4 ini..Dush,first step kena pi terjah tukar Micro SimCard Digi Prepaid...Hik3, first time tau Iphone 4 ni pakai simcard yang lain dari normal...

P/s : Akan kumanfaatkan masa 2 minggu ini bersamamu Sayang, IPhone 4...

October 29, 2010

Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3

Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3

Gadis Melayu 3 sudah sampai kemuncaknya malam ini dan bakal ditayangkan  di TV9  bermula pukul 830 malam. Mastura menjadi pilihanku untuk memenangi/ menjadi Juara Gadis Melayu 3 kali ini. Adoii , tak pernah tengok sekalipun Gadis Melayu tahun ni , namun saja nak kasi hangat buat peminat-peminat peserta final yang lain.


Kenapa saya meramalkan Mastura  bakal menang ? (berdasarkan profail  dan informasi peserta di entry di atas)
1) Dia mendapat undi Online tertinggi kini.Biasanya akan menjadi kenyataan, Lihatla saja realiti tv sebelum ini seperti Mawi, Shahir dan Hafiz.

2) Sedang menjalani praktikal dengan Salikin Sidek, salah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia.Umm, fesyen dan kecantikan, tidak dapat dipisahkan dan kelebihan ini mungkin menjadi faktor penting buat Mastura.

3) Dia yang Paling Ayu dan Cun rasanya. Hak3, biasalah, yang paling menyerlah, dialah yang bakal menang kebiasaannya.

Pandai-pandaije sayani. Saja selingan/kasi spoil skit kerana tidak dapat menyaksikan rancangan ini kerana di ketika rancangan ini berlangsung, saya di Digi Angels Event. Hik3, dua tekaan saya sebelum ini menjadi kenyataan sebelum ini [ Mohd Juara Mentor 4 dan Asyraf Juara Imam Muda]


Apapun, Good Luck buat semua FInalist Gadis Melayu 3.

P/s : Siapa Pula Pilihan Anda?

P/s/s : Buat Juara Gadis Melayu 3, nanti saya hantarkan Isteri untuk masuk meminang ya? Hik3..Dushh...ada Pinggan Mangkuk melayang..




UPDATED - Tekaan saya silap, Tahniah buat Rina Salleh kerana menjadi Juara Gadis Melayu 3. Pernah jumpa dia beberapa kali semasa bloggers event especially event yang dianjurkan Sifuku, Melromeo

Psst....Psstt....Mari Bina Ayat

Salam dari Eyriqazz,

Mari bina Ayat bersama eyriqazz buat bloggers yang anda kenali . Mood agak pening-pening skit..Rulesnya mudah aja, gunakan huruf yang sama jadikan 3 patah perkataan. Contohnya :

Eyriqazz - 3E - Eyriqazz Ensem Ehh?

Okies, Ini yang terlintas di hati :

1) Je Jai - Je Jai jambu jeeee...

2) Sumijelly - Sumijelly Suka Siakap

3) Kak Ina KL - Kukisss KakInaKL Kebaboom

4) Mat Joe - Mat Joe Macho Man

5) Melromeo - Melromeo Mana Menghilang?

6) Mat Gebu - Masakan Mat Gebu Mengancam

Jom Sambunggg....

Kereta Baruku | Toyota Altis

Pucuk Dicita, ulam mendatang. Lain yang dicita, lain pula yang diorder. Ini gara-gara pameran di satu shopping complex dan tertarik dengan pelawaan Sales Girl yang jelita la ni. Mula-mula wife idamkan Toyota Vios, then Honda Accord, tup-tup, dek kerna pameran itu dan teruja kami pi booking :

Toyota Altis
Cantik juga kan?
Silver memang pilihan hatiku

Hampir bergaduh sakan kami suami Isteri. Isteri berkenan sangat, saya mula-mula tak berkenan mana.Agak mahal dan belum berkemampuan.  Tapi dek Sales Girl yang cantik jelita dan kata-kata menggoda, akhirnya saya tergoda sama. Melayan duit simpanan berbloggingku setahun lebih dan simpanan isteri nak bayar downpayment. Melayan RM15 ribu. Aduh, mungkin inilah kata pepatah " Biar Papa Asal Bergaya".

Tak sabar menanti kereta baruku ini. Katanya bakal sampai sebelum birthdayku bulan 11 nanti. Ewahh, ni yang teruja hati, dekat birthday dapat kereta baru. Gembiranya hati, Toyota Altis pun jadilah ,better than takde kan?

Oh, tidur malam termimpi-mimpi memandu kereta ini. Bilalah agaknya dapat kupandu kereta ini? Cepatlah proses loan semua, tak sabar membawa kereta ini untuk honeymoon kali kedua dan Alisya pun dah tak sabar-sabar menanti adik menemaninya bermain.

Sabar,sabar..akan tiba masanya...Oh, aku teruja...Tak sangka, hasil berblogging boleh tahan juga...

Pangggg....Ambil sebiji...Apa ni???? Tersentak dari igauan dan layanan perasaan, rupanya aku hanya pasang angan-angan....

Masih belum faham??Dushh....ini hanyalah permainan entryku yang sudah lama tidak kubuat..Entryyy apa? Ingin ku tahu juga? Apa lagii...Ini ADALAH ENTRYYY HANGITT....Hik3, masih belum awal untuk tukar kereta...

Psst...maaf ya..selingan Hari Jumaat..Besokkan dan cuti..Sekali sekali dihangitkan, syok juga kan? Hik3....

Kemeriahan Jusco Member Day Sales

Wanita dan Shopping, tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, Bagai Magnet dengan Besi. Sayangkan Isteri, tinggal-tinggalkan dan turut-turutkan. So, semalam saya menemani Isteri ke Jusco Setiawangsa Sempena Jusco Member Day Sales . Memang meriah, sampaikan nak cari tempat parking pun susah, nasib baikla pusing-pusing, ada kereta yang mahu keluar dan sempatla disambar spotnya.


80% Diskaun? Biar Betikk...
Happy Hour? Hik3..Tengokla..Mostly Wanita..Si Lelaki Siap ble membaca lagi
Cam tak berminat je Bang?

Dipendekkan cerita, habislah dalam RM200+ Isteri bershopping. Baju bayi, barang dapur dan etc...Sempena Jusco Member Day Sales + pakai AEON kredit Kad, dapatla RM20 Jusco Voucher. Okla tak? Honestly, walaupun sesetengah barang di Jusco agak mahal, tapi keselesaan dan reward point yang diberikan membuatkan kami mahu singgah selalu.

Untuk kaum suami, bila temankan Isteri bershopping, bolehla praktikkan Tips Untuk Lelaki Ketika Isteri Membeli-Belah . Sekali sekali gembirakan Isteri apa salahnya kan? Isteri gembira, hati pun gembira. Lebih-lebih lagi bershopping di Malam Jumaat...Hik3...

P/s : Anda suka shopping ? Kenapa wanita dan shopping tak dapat dipisahkan ya?

CoretanMayaku | Fantasi & Realiti, Duniaku


CoretanMayaku. Cantik Sekali Taglinenya iaitu "Fantasi &Realiti, Duniaku". Minta maaf kerana janji agak lambat ditunaikan seperti di entry " Kenapa Anda Mahu Diterjah Eyriqazz " . Tanpa membuang masa Inilah terjahan saya (psst,as usual ,salah silap harap maafi)...

1) tagline yang menarik

2) Entry berkisar blogging, personal dan terlintas di hati.

3) Widget di sidebar terlalu banyak .Mungkin memeningkan kepala juga. Placement of Nuffnang Ads yang agak ke bawah menyukarkan untuk mendapat Buffered Earning di Sidebar. Cadangan, letak atas sikit dan widget2 disusun kembali supaya nampak lebih kemas especially bagi blog yg 3 column.

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati...

Umm, itu saja ...Apapun ini cadangan dari saya bagi memperbaiki mutu blog:

1) Revamp the template /header. Mungkin boleh gunakan khidmat bloggers yang terror bakni.

2) Perbanyak gambar-gambar yang menarik di dalam entry

3) Selidiki dan cari "Wow Faktor" yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke blog .

Itu saja terjahan saya kali ini.Salah silap, sekali lagi harap maafi.

October 28, 2010

Jawapan Balas Dari Sinar Harian


Entry Saya Kecewa Dengan Sinar Harian dirujuk. Hari ini saya mendapat balasan e-mail dari salah seorang wakil Sinar Harian (kenapa sekarang baru memberi jawapan dan biarkan berteka-teki?). Inilah jawapan yang diberikan :

Salam

Saya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah Mak Ngah. Projek berkenaan bukan di bawah Sinar Harian tetapi dianjurkan sebuah NGO. Niat kami untuk menolong memudahkan penyampaian bantuan tetapi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab badan berkenaan, pihak kami yang menerima kesannya. Bagaimanapun akan lakukan sesuatu untuk mengubat hati Mak Ngah.

Yang baik itu dari Allah dan yang tidak sempurna itu dari kami sendiri

Sekian

Kalau betul kenapa tidak maklumkan dari awal? Tidaklah Mak Ngah saya ternanti-nanti dan mengharap? At least, tahu situasi sebenar....Terlalu lama menanti, dan hari raya yang diidamkan dengan lebih gembira, sebaliknya terjadi.

Entahlah, tunggu dan lihat saja..Sebagai Anak Buah Sulung, apa yang termampu saya tolong, I will Fight till the End...

P/s : Agak-agak badan NGO manakah yang dimaksudkan?

Testimoni Detox Foot/Foot Patch

Ini semua gara-gara entry Kancilbiru| Wow! Ada orang nak bagi Detox Foot Pad Percuma la.. dan AfraYuri . Actually, teruja nak try produk ni masa pergi Uptown Shah Alam semasa MySelangorStory last time. Tapi, entah camne entah,  tak jadi nak beli.

Beberapa hari yang lepas, Isteri pulang dengan membawa pulang satu paket (sepasang) Foot Detox. Dia beli senyap-senyap takut saya marah coz saya memang tak suka Isteri beli benda-benda merapu ni. Hik3, plan asal dibelikan untuk dirinya , tapi saya pula yang teruja dan mahu mencuba. Oh, sebelum tu, ini bukan iklan berbayar, ini adalah testimoni peribadi dari saya .

RM7 ringgit satu pasang, mahal juga kan?
Betulke Boleh Buang toksin? Umm, Cam tak percaya je...

Malam pertama mencuba, memuaskan hati. Rasa lebih bertenaga dan lebih segar. Tidak puas hati, suruh isteri belikan lagi, malam kedua mencuba dan inilah hasilnya :

Yuyy,, Gelinyaa..Apa yang hitam-hitam tu?

kalau dilihatkan di websitenya http://www.raudhah4u.com ianya adalah :

Betulke itu kesan toksik yang diserap?

Entah, saya pun tak berani nak mengiyakan. Kena tanya doktor ataupun pakar yang lebih arif. Kan kalau saya cakap betul, tetiba salah, susah juga kan?

Oklah, testimoni saya. Malam kedua kesan hitamnya berkurang dari malam pertama. Antara kesan positif yang saya rasai dua malam mencuba foot detox ini adalah rasa lebih bertenaga, tidur lebih lena, bangun tidur lebih mudah tersedar, badan rasa lebih ringan,sakit kepala berkurang, badan rasa lebih sejuk , selera makan bertambah (hak3), dan kencing rasa lebih lawas ...

Apapun, kesahihan toksin tu saya tak berani nak cakap cuma saya seronok menggunakan produk ini dan saya dah suruh isteri belikan lagi untuk mencuba di Malam ketiga. Pengalaman Malam Ketiga mungkin berbeza dari Malam pertama dan Kedua kan? Hik3...Nanti saya updatekan lagi ya..

Try dan cubalah sendiri.Tepuk dada, seluk poket dan kalau nak beli,beli...Foot detox ni rasanya ada dlm pelbagai jenama dan pilihlah yang terbaik agar tidak tertipu. Cam saya gunakan Raudhah de' Foot Patch ni, walaupun harganya agak mahal, namun saya puas hati. Quality and Quantity mestilah seiring kan? Lebih lanjut lagi, terjah la official websitenya : http://www.raudhah4u.com

P/s : Pernah cuba ke Detox foot/ foot patch ni?Apa pandangan anda?

Siapa Mahu Kena Hempuk??

Siapa Mahu Kena Hempuk??

Dussh, Sang Anonymous Mengganas lagi. Kali ini di entry Senyumlah,Senyumlah....Ahai Cik Mek Molek... pula..Adushh, tak habis-habis Sang Anonymous membuat onar di blogku .Apa salahku Anonymous sampaikan ko selalu muncul.Janganla dikacau blogger Cap Ikan Ayam goreng ini..

Jom terjah apa yang Anonymous kata :

Anonymous said...

yg paling penting.....yg pakai tie biru yg paling hensem..... saper2 tackle.... mama hempuk2 perempuan tuh!!!!

Dush, ni yang susah bila blog sendiri wife monitor..Hak3, takperla, at least wifey tahu apa yang saya tulis dan cakapkan...Hik3, don't worry mama, Siapa-siapa tackle Papa, Papa buat dek je..Ewah,kata-kata memang mudah kan? Ahakss...

P/s : Gembira kan berblogging ini bila mendapat sokongan Insan tersayang?

My 1st RM1K+ Cheque With Nuffnang Is On The Way


Alhamdulillah, My 1st RM1K+ cheque with Nuffnang is on the way. Hatiku dari hari ke hari semakin gembira bersama Nuffnang. Walaupun ada yang cuba menggoda dengan pelawaan yang mempesona, kupekakkan telinga, kubutakan mata, kubukakan hati hati hanya dengan Nuffnang.

Money is Not everything. Aku gembira bersama Nuffnang. Banyak kegembiraan dan aku selesa bersama Nuffnang. Ramai kenalan baru kukenali hasil event-event dari Nuffnang. Bagiku, Nuffnang, dulu, Kini dan mungkin selama-lamanya.

Maaf ,entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cuma teruja dan berkongsi pengalaman. Pandangan saya, Nuffnang adalah yang terbaik for long term Investment with Blogging. Win-win situation diamalkan bersama Nuffnang. Umm, plan nak guna duit ini untuk bercuti sambil pergi graduation adik akhir bulan 11 nanti di Uitm Sri Iskandar.

Ohh, I Love You Nuffnang. Ku sudah temui lubuk emasku bersama Nuffnang. Aku gembira dengan apa yang kuperolehi walaupun mungkin tidak sebanyak ramai bloggers di luar sana. Peluang dan panggilan hangat yang diterima kini semakin menggembirakan hatiku. Thanks Nuffnang.

P/s : Pecahkan ruyung, dan InsyaAllah dapat sagunya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya kan? Oh ya, saya sudah updatekan serba sedikit Tips Blogging kompilasi dari saya.

October 27, 2010

Senyumlah,Senyumlah....Ahai Cik Mek Molek...

Senyumlah,Senyumlah....Ahai Cik Mek Molek...

Gambar tahun lepas, bila tengok-tengok balik Cool juga gambar ini. jadi mahu memorikan di blog ini. Antara 3 Darjat...Seorang Sudah bersara, Seorang sedang sambung belajar, Seorang tetap hensem seperti biasa..Hak3...Perasannn....

Oh, rindunya kenangan-kenangan lama, apakan daya jarum masa tidak mungkin dapat diputar...

P/s :Senyum itu sedekah. Bila kita tersenyum selalu, orang di sekitar kita pun lebih selesa kan?

P/s/s : Antara ketiga-tiga Suami Orang di atas, yang mana mempunyai senyuman paling menggoda? Hik3...

Alisya Nak Apa?

Di Pasaraya, agak-agak apa yang Alisya jelingkan ? Umm, Alisya Nak Apa? Nanti Papa belikan.....

Ikan Celup Tepung Yang Menggiurkan Hati

Balik kampung Minggu lepas, sempat ke Pantai Batu Buruk dan pekena Ikan Celup Tepung. Ikan Celup Tepung Pantai Batu Buruk memang menjadi pilihan hatiku setiap kali pulang ke kampung. Lokasinya yang tidak jauh dari rumah dan suasana santai membuatkanku teruja untuk singgah .


Ikan Celup Tepung Menggiurkan Hati . Memang Sedap
Pilih yang mana berkenan di hati
Pekena dengan Pisang Goreng Memang Syok Sekali

Fuhh, memang terangkat. Dengan ikannya yang fresh pekena dengan sos ladanya memukau membuatkan hatiku tak keruan. Oh, bilala dapat pulang ke kampung lagi? Cuti hanya tinggal satu hari.

P/s : Agak-agak kalau pekena Ikan Ayam Goreng Celup tepung sedaptak?

Kemuncak Klimaks Mula Dirasai


Kemuncak Klimaks mula kurasai. Oh, Malam Jumaat lambat lagi. Semakin bergelora perasaan di hati. Jiwa diruntun-runtun untuk meneruskan perjuangan dan hasrat di hati ini. Oh, apa yang perlu ku persiapi ? Sungguh sukar untuk kuluahkan perasaan hati. Namun, ku perlu luahkan jua agar Volcano dapat dilepaskan meredakan hasrat ini yang semakin dipendam semakin membahayakan diri.

Psst, apa kemuncak yang semakin dirasai? Hik3, kasi suspensnya, tiada apa, actually klimaks penghujung Oktober 2010 dan 2 perkara yang semakin menghampiri :

1) My Raya Moments Contest (dateline 31 Oktober 2010)
- Hanya beberapa hari lagi Contest ini akan ditutup . Hadiah bernilai RM1,200+ ditawarkan dengan 6 Sponsors menjadi penaja bersama. Marilah sama-sama memeriahkan dan menyertai Contest ini, 40+ pemenang bakal membawa pulang hadiah yang agak meriah sekali. Setakat ini sudah 58 peserta sudah menyertai.

2) Vote Eyriqazz For MySelangorStory Contest (dateline 31 Oktober 2010)
- 25% pemarkahan untuk Contest MySelangorStory datangnya dari undi anda. Minggu lepas Eyriqazz mimpi dapat tempat ketiga. Ewaah,kuat betul bermimpi. Jomla sama-sama mengundi eyriqazz, InsyaAllah, kalau menang hadiah akan dikongsi lagi dengan Contest dan hadiah lagi. Last time menang Contest Referral Churp2, hadiah sudahpun dikongsi bersama. Kepada yang sudah mengundi , terimakasih dari saya. Muahhsz,Love You All.

Mood berblogging sejak dua tiga menjak ni agak ketepi. Namun, Life Must Go On. Tengah mencari rentak kembali. Sokongan anda menceriakan hati ini. Thanks All.

P/s : Bestker Kemuncak Klimaks? Hik3, tepuk dada tanyalah....Siapa Ya?

October 26, 2010

Selamat Kembali Cik Epal


Misteri Kehilangan Cik Epal terjawab . Cik Epal kini kembali untuk menggegarkan kembali persada blogging di Malaysia ini. Thanks to Sharinginfoz memaklumkan hal ini.  Selamat Kembali Cik Epal. Ramai yang merindui penulisanmu. Semoga kesihatanmu beransur pulih...

P/s : Good Luck  buat Cik Epal. Jom terjah blognya beramai-ramai...

P. Ramlee Tribute Night Concert Memukau Habis

Sambungan Entry (Pictures) P. Ramlee Tribute Night Concert , Honestly, ini adalah Antara Konsert Paling best dan memukau yang pernah saya sertai especially ianya turut melibatkan ramai Artis-artis dan penyanyi terkenal tanah air yang menjayakan Konsert Tribute P. Ramlee ini. Jom layan sekali :

1st Performance : Sifu M. Nasir best habis
Kumpulan Hujan
Anyone Plzz?
Ning Baizura Mempesona
Haziq Pelapis Penyanyi Lagu-Lagu Tradisional
Jenaka dari Salleh Yaakob
Yuna, Tetap Mantap seperti Selalu
Haziq dan.....Siapa ya? hik3..
Hazama dan Meet Uncle Hussein
Aizat, Penyanyi Kegemaranku
Aizat berfandingan dengan Vince
Jacklyn Victor, Vocalnya memang mantap
Gandingan Mantap Aizat, Vince dan Jacklyn Victor ( 1Malaysia? )
Najua Nadia Nasir ( Cucu P. Ramlee)
Selingan Sketsa Madu Tiga Persembahan Mantap Salleh Yaakob, Rosnah Mat Aris, Rozita Che Wan, dan Nora Danish
Wah2, Mahu tambah koleksi ke Abang Salleh Yaakob..Pss,anak bongsu Salleh Yaakob sama tarikh lahir dengan Alisya...Beranak pun di tempat yang sama
Ella, wajahmu tetap rupawan walaupun sudah 40+
Misha Omar dan Haziq
Amy, Mantap Abiss...
Datuk Sharifah Aini

Overall,memang memukau habis .Persembahan 3 jam lebih begitu cepat berlalu dan memukau. Thanks for Astro kerana menjemput saya.jangan lupa saksikan Tayangan Perdana Konsert ini di History Channel 555 dan juga Astro Ria 104 pada hari Ahad, 31 Oktober 2010 pukul 9 malam -

Jagung Jagung Jagung

Semalam pergi Pasar Malam, belikan Jagung untuk Mama Alisya. Tak sempat Mama Alisya nak ambil, Alisya dah merengek mahukannya. Terpaksalah berikan kepadanya. Pandai ke makan? Gigi baru ada 6 , camne nak gigit?

Siapa Cakap Alisya tak Pandai Makan?
Manis-manis  Pun Ada

Jagung Oh Jagung, Kau Milikku
Yummy, Yummy...

Mama : Next time Papa belikan 3 biji. Satu Alisya, Satu Mama, dan satu Papa.
Papa : Dussh, Mana Papa tau si budak kecik Umur 1 tahun lebih ni dah pandai nak menggigit jagung.

P/s : Melayan keletah anak menyeronokkan. Kadang-kadang tidak terlayan dibuatnya. Alisya,alisya, u really make our Life happier.

P/s/s : Suka makan Jagung tak?
Related Posts with Thumbnails